The Lady Entries Masterpiece

Ahad, 16 Disember 2012

Angkuh di hati


Assalammualaikum... 

   sahabat-sahabatku... hatiku sayu~ tidakku berniat untuk menjadi teruk sebegini.. mengapakah kita umat islam ramai yang terpedaya dengan tipu daya hiburan dunia ini.. entah apa tajuk ku hari ini..

       kesombongan dan ANGKUH seorang hamba kepada Allah, sudah merebak di sana sini..  mereka yang tidak hirau kan haram dan halal setiap perbuatan mereka itulah yang angkuh, sedangkan mereka sendiri mempercayai azab Allah itu wujud... mereka juga menggelar diri mereka islam, malah mereka masih tidak peduli tentang perbuatan mereka sama ada baik atau buruk..

     malah perkara yang selalu diperingatkan jugak , mereka masih melakukannya iaitu aurat.. aku berkata-kata disini bukan untuk mnghina atau mencaci dan sebagainya, aku hanya mengingati kalian dan termasuklah diriku.. sungguh aku tidak layak dihormati dan dibanggakan kerana kata-kataku ini, walau aku mengingati kalian, tidak semestinya aku baik orangnya, aku hanya manusia biasa, kadang kala angkuh juga orangnya..

al-isra', ayat 37,

dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi.

     
       angkuh dihadapan Allah tidak bermaksud berjalan dengan hidung yang tinggi... tetapi angkuh ini kerana.. dia angkuh tidak mahu berjihad di jalan Allah,tidak mahu melawan nafsu mereka untuk berhibur di dunia ini.. mereka tidak mahu melawan nafsu dari berhibur di dunia daripada berperang dijalan Allah, (sentiasa taat kepada Allah) patuh pada halal haramnya..  malah mereka sanggup berpura- pura tidak mengetahu kesalahan perbuatan itu,  .. mereka tidak sanggup bersabar  untuk kebahagiaan di akhirat, mereka pilih untuk berhibur juga di dunia dan tidak mahu mengikut peperangan berjihad untuk mendapatkan jalan yang di redhai 
Allah..

sedangkan Allah juga akan membantu mereka di dalam peperangan itu

al-ahzab, ayat 25,

Allah mengusir orang orang  kafir dengan tiada mendapat kebaikan, dan Allah menolong orang-orang mukmin dalam peperangan...

         jangan lah menunggu hidayah baru mahu berangkat, sedangkan hidayah perlu didapati, dan selalu diberi setiap hari, terpulang kepada kita untuk dapatkannya.. malah golongan yang berjihad di jalan Allah ini sikit orangnya, mereka lah orang yang lain sedikit dari orang kebanyakan di bumi ini...

orang terasing?? click sini..

                                                         assalammualaikum..

Khamis, 13 Disember 2012

jalan yang sepi



Assalammualaikum.. sahabatku sekalian...

     entah mengapa kesepian didalam hati ini, dan membuatkanku kebingungan untuk memikirkan apa yang perlu ku ungkapkan, tetapi hatiku  ingin berbicara, tetapi entah apa yang ignin dibicarakan~ sedangkan diriku tidak lagi punyai idea... malah membuka komputer riba tanpa membuat sesuatu untuk jihad ke jalan illahi menjadikan sesuatu kelalaian.. .. oleh itu aku mencari-cari apa yang ku harus katakan, isi hatiku membisu..

      mungkin kerana diriku hanya kesepian.. kerana terasa diri ini terlalu sombong.. sungguh~ aku amat hina..  entah aku ini bernilai ataupun tidak..  dihadapanNYA sebagai hamba yang mulia, mungkin aku masih tidak melepasi nya,... kerana pelbagai dugaan yang ku harungi segalanya membuatku hancur kerana pilihan hati yang memilih jalan yang selalu dipilih orang, malah jalan yang usang ku ketepikan, padahal jalan yang sepi itulah terdapat kebahagiaan sebenar...

      mungkin aku seperti membicarakan hal peribadiku, tetapi tidak, aku sedang membicarakan tentang segala manusia...  

         itu hanya pembuka pada hari ini, aku tidak banyak ilmu untuk dikongsikan, aku hanya berkongsi ilmu dan cuba mencari ilmu yang lebih banyak, oleh itu jikalau kalian punyai ilmu berkongsilah bersamaku dan yang lain, menambah ilmu bersama ^^ aku ingin bicarakan tentang jalan.. yang sepi

         apakah ? jalan yang sepi? wahai sahabtku..  Allah telah membahagikan dua jalan hidup di dunia ini, sama ada baik atau buruk, disitulah kita diuji, sama ada yang buruk atau baik..

         jalan yang baik itu, pada mulanya penuh pengorbanan yang harus dikorbankan untuk tiba di penghujung jalan itu, iaitu kebahagiaan sebenar.. 

        jalan yang buruk pula punyai kebahagiaan pada mulanya, malah penhujung jalan amat seburuk-buruk tempatnya...  dan jalan ini dipilih ramai... orang kerana jalan yang penuh pengorbanan amat sukar bagi mereka, oleh itu memilih jalan yang buruk, iaitu yang bahagia pada mulanya menjadi pilihan mereka...

       sahabatku, tidakkah kalian ingat kata-kata orang melayu

biar susah dulu, senang kemudian..

padahal jalan yang buruk itu hanya punyai kebahagiaan yang sementa, tetapi jalan yang baik itu punyai kebahagiaan yang berkekalan..

surah at-taubah, ayat 38..
wahai orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "berangkatlah untuk perang di jalan ALLAH," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat? apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit.


oleh.. itu ia lebih baik memilih jalan yang jarang dipilihkan? disitulah punyai kebahagiaan sebenar..
assalammualaikum

kebagiaan sebenar... ?? click here
orang yang terasing...?? click here..

Isnin, 10 Disember 2012

orang terasing -_-

               


assalammualaikum

           Hati ku ingin berbicara  lagi.. ku melihat sekeliling..  apa lagi yang ku inginkan.. sedangkan aku sudah boleh menjalani hidup dengan segalanya yang aku telah ada, mengapa aku ingin lagi yang lain... sedangkan aku tidak selalu bersyukur dengan apa yang aku ada..  DIA amat pengasih lagi maha penyayang~

surah ar-rahman, ayat 13
maka nikmat tuhan yang manakah kamu hendak dustakan

*bukan hak milikku*

               setiap hari adakah kita syukurinya.. dan mengingati DIA yang memberi nikmat itu? pabila kita mendapat sesuatu nikmat, terus melupakanNYA, menggunakan nikmat itu dengan lalai bukan untuk jihad ke jalan Illahi~.. 

              pada suatu dahulu, seorang lelaki berkata " YA ALLAH jadikanlah aku orang yang tergolong dalam golongan yang sikit orangnya" lalu sahabatnya yang mendengar ketika itu bertanya " mengapakah kamu berkata begitu" lalu lelaki itu berkata "tidakkah kau membaca surah as saba' ayat 13... golongan yang sikit itu adalah golongan yang bersyukur"

surah as-saba', ayat 13
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

hanya sedikit sahaja yang bersyukur kepadaNYA.. marilah menjadi golongan yang sedikit atau terasing, islam adalah asing pada mulanya, maka ia mulai asing..

surah al- an'am, ayat 116
Dan jika kamu mengikuti kebanyakan di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan allah, yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan..

      malah mereka yang sikit bukan sahaja yang bersyukur, malah yang beriman, yang bertakwa, yang sentiasa mengingat ALLAH, malah yang masuki syurga lebih sedikt dari yang masuk neraka..

   dan siapakah mereka yang banyak? mereka yang tidak menjaga batas pergaulan, mereka yang sentiasa mengikut nafsu.. apa yang mereka inginkan, mereka inginkan walau perkara itu dilarang ALLAH

p/s: marilah kita cuba untuk menjadi golongan yang sikit, iaitu mereka yang berjihad di jalan ALLAH ^_^

assalammualaikum..

*orang yang terasing/ yang sikit*

Sabtu, 8 Disember 2012

Ikhtilat langkah melindungimu


Assalammualaikum~..... 

   ^^ apakah? ingin ku ungkapkan sekali lagi ini? masalah yang selalu dihadapi remaja islam kini..
tengok gambar kat atas.. herRRm.. 

ZINA HATI.. wow remaja ramai yang tergolong dengan semua ni~.. bagi diorang semua tu indah-indah..
                 bukan sekadar zina hati,.. zina mata zina lida.. ini semua anak-anak kepada zina yang paling besar.. 

  apakah sebab-sebab semua ini berlaku, jikalau kulihat dunia di luar ini, ramai yang biarkan diri mereka melakukan maksiat.. berpegang tangan , bergambar hanya berdua-duaan.. malah mereka ingin galakan ramai dengan bangga-banggakan maksiat mereka dengan memberitahu di khalayak ramai.. 
di dalam facebook dan sebagainya..

surah al-isra', ayat 32,
dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji satu janlan yang jahat (yang membawa kerosakan)

tidakkah kamu fikir ramai telah melakukan zina di luar sana? ini kerana mereka telah melakukan anak-anak zina pada sebelumnya.. zina mata, zina hati, zina lidah..

dalam bab couple/ cinta yang tak halal: lelaki tak pernah cinta, tapi hanya nafsu mereka ( perkara benar)

       Tak apa.. kita ada satu cara untuk mencegahnya.. iaitu ikhtilat !! ia mengelakkan segala zina,.. 
jikalau kalian ingin tAHU pada zaman dahulu ,.. zaman nabi dan sebagainya, mereka amat menjaga ikhtilat mereka.. ^^ okey saya tunjuk satu cara jaga ikhtilat..

Fatimah tak tahu macammana nak jawab beberapa soalan ADDMATH.. dia tanya semua kawan perempuannya, than semua tak tahu, lepas tu demi jaga ikhtilat.. di cari kawan perempuannya di kelas lain.. ^^
    kalau si lelaki ingin cakap perempuan atau sebaliknya, elakkan memandang ke arah mata ot it's better tak memandang muka.. jarak kena jauh.. 
punca zina hati :
 punca zina hati adalah zina mata.. kita memandangnya, lalu merasai di hati.. punca yang lagi satu..
  zina lidah.. kata-kata bernafsu dari lelaki lalu perempuan merasai di hati.. .. 

         sahabatku cuba lihat dunia di luar.. 

di dunia telah bahagikan antara lelaki dan perempuan..
    lelaki pakai hensem-hensem >> meruntuhkan iman perempuan 
    perempuan tabbaruj >> meruntuhkan iman lelaki..

masing-masing meruntuhkan iman masing-masing.. itulah cara kafir nak musnahkan islam.. MASHA-ALLAH
ianya lebih baik mengejar cinta ILLAHI yang sentiasa kekal berbanding cinta manusia yang sementara..

nasihat para ber-couple :
putuskanlah ikatan kamu berdua kerana cintamu bukan untuk dia tapi untukNYA....
semaking kau mendekati dirinya, semakin kau jauhiNYA..
cinta manusia urusan ALLAH, cinta ALLAH urusan manusia...

ikhtilat...



  pengorbanan untuk mandapat cinta teragung itulah kebahagian sebenar.. >> click here

assalammualaikum

Jumaat, 7 Disember 2012

Blog special review


assalammulaikum

  alhamdulillah.. pada hari ini kita semua masih lagi hayati nikmat hidup, iman dan islan dan sebagainya..
nikmat itu infinity (terlalu banyak) .. kita perlulah mensyuku rinya sebelum Allah menariknya kembali..

hari ini, cuma nak blog review yang speacial ni.. *follower saya ke 105-115..* saya ucapkan tahniah pada mereka ^^ pada readers.. start blogwalking yaw!


okay, terima kasih kerana join permainan follower nie.. korang the best!! ^^ haha


cik wheldy  http://kotakampung.blogspot.com *the one* > 105 
cik simon   http://congkipoh.blogspot.com/ 
cik aery  http://iamoneofakindgirl.blogspot.com/ 
cik farhan  http://supermonitor99.blogspot.com/ 
cik atyra  http://atyra-stella.blogspot.com/ 
cik hana  http://belogcikhana.blogspot.com/ 
cik bella  http://pelangi-girlfriend.blogspot.com/ 
cik yasmin  http://yasminaris.blogspot.com/ 
cik yanie  http://yaniesayangawak.blogspot.com/ 
cik fauzi  http://dbodoh.blogspot.com 
cik nadia  http://cintalukmanfitri.blogspot.com/ cute number*115*

okay, encik-encik diatas,.. terima kasih banyak-banyak.. dan selamat malam..

p/s: saya pun ada janji nak follow twitter korang, tapi rasanya ... NgantuK.. nak tidur.. TATA ^^
>> http://twitter.com/hyunieuna << inti twitter saya.. followlah~ tak paksa.. insyaAllah saya follow balik..

janga lupa comment yerk, thank you~!!
                                                          assalammualaikum

Rabu, 5 Disember 2012

Kebahagiaan sebENar!


 

assalammualaikum...

   Sekadar kelihatan baik di mata orang.. tetapi dalaman tidak semestinya baik.. tetapi kelihatan jahat di mata orang, didalam pasti lebih lagi teruknya.. dalam kehidupan ini segalanya dibahagi antara BAIK dan BURUK ......

jadi apakah kisah hari ini.. ingin ku ungkapkan pada kalian semua?

DUGAAn.. itu ingin ku ungkapkan kali ini.. a
atau... ianya digelar ujian hidup..
dari mulai kita hidup, 
kaya, atau miskin dan segalanya.. 

SYUkuR? ramaikah diantara kita mensyukurinya.. atau DUSTaI  nikmat ITU!!
ya? termasuk diriku yang masih tidak mencukupi ilmu ini..

     Semenjak cuti ini.. diriku telah berjauhan dengan didikan yang penuh tarbiyah.. sebenarnya aku sendiri yang menjauhkan diri.. mungkin aku sudah LOOSER!!  aku amat tidak ternilai sekarang..


      AKU tahu setiap muslim di dunia ini, di hujung hati mereka  yang paling bawah sekali.. wujudnya ketakutan pada ILLAHI.. tapi malah ramai yang menjadikan nafsu menjadi RAJA dalam diri mereka..
ramai diantara mereka mempunyai nafsu yang sama..  kejahilan diri melemah kan lagi kekuatan iman mereka melawan nafsu.. oleh itu menjadi orang yang lain dari yang lain (sentiasa taat kepada ALLAH) lebih bernilai.. malang sekali aku tidak tergolong orang sebegitu.. 

surah al-an'am, ayat 116
Dan jika kamu mengikuti kebanyakan di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan allah, yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan..

  Mereka fikirkan pabila sentiasa mengikuti nafsu mereka, mereka akan dapat kebahagiaan selamanya..kejayaan di dunia tidak sama seperti di akhirat.. 

fikirlah.. dimanakah kehidupan kita lebih lama? AKHIRAT.. oleh itu kejarlah kebahagiaan itu bermula disini...

      titik permulaan kesilapan kita semua adalah.. mengabaikan ILLAHI, yang menciptakan kita.. dan LUPA segala azab akan menimpa kita, dan LALAI kebahagian di DUNIA ini.. 

    JADI? move ON!! perjuangkan!!korbankan segalanya untukNYA.. jangan jadi mereka yang tidak mahu berjuang.. kerana lebih sayang perkara di dunia ini, mereka adalah orang yang rugi..

surah at-taubah, ayat 38..
wahai orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "berangkatlah untuk perang di jalan ALLAH," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat? apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit.

   ia!! itulah ayatNYA!! tetapi jikalau tidak berhijrah~ apa yang terjadi!! ??

surah at-taubah, ayat 39...
jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscayaALLAH akan menghukumkamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikaNya pun.Dan ALLAH maha kuasa atas segala sesuatu.


     jadi marilah kita berjuang untuk mendapatkan cintaNYA.. yang terAGUNG itu.. sungguh perjuangan itu amat bernilai.. dan setiap pengorbanan itu bakal diganjarankan dengan syurga.. 

         itulah kebahagiaan yang sebenar!!   setiap masa kita diuji dan diduga olehNYA.. 
apakah motifnya? 

sebenarnya setiap ujian adalah satu kasih sayang ILLAHI kepada hambanya, supaya dapat mencapai sesuatu darjat itu.. 

dan dalam sebuah hadi al-qudsi,
Allah ada berfirman kpd malaikat jibril:pergilah kepada hambaKu dan timpakanlah pelbagai ujian kerana Aku ingin mendengar rintihannya 


 

Jika sedih, maka menangislah. Tidak ada apa yang memalukan. Menangisi jangan meratapi. Tetapi, ingatlah kasih Allah dalam titis-titis air mata yang dialirkan. Kerana kasih Allahlah kita punya air mata. Bayangkan jika kita sedih, tapi Allah tak kurniakan kita air mata, pasti seksa hati menahan sedih dalam diri.
      keindahan yang teragung adalah cinta ILLAHI.. ^_^


setiap perjuangan itu nanti kita bakal tidak keseorangan, kerana DIA sentiasa disisi hambaNYA..


assalaammualaikum......     

Rabu, 21 November 2012

Mereka masih ada lagi...



Alhamdulillah.. Assalammualaikum.....
penghijrahan ke jalan yang DIredhai ILLAHI, pasti ada ujian yang lebih besar..

aku kesedihan kerna diri ku ALPA lgi.. 
aku pernah bertekat untuk kekalkan penhijrahan ku ini,
aku di duga, dan di duga olehNya.. 
tetapi... aku telah gagal di tengah jalan..  aku terjatuh..
aku amat sedih,...

kerna pengorbana aku dihalangi kegagalan.. 
aku berusaha untuk melawani keALPAAN ini..


pada hari ini.. aku membuka kealpaan.. pada waktu dulu.. aku tekatkan diriku.. 
untuk menjauhi sesuatu itu jikalau ianya salah..
tetapi pada hari ini.. 

iman ku amat garang sekali melarang ku..
tetapi diriku banyak alasannya ..
aku sesali, imanku banyak melarangku, tetapi tidakku ingatnya, kerna diriku sudah terikat dengan cinta DUNIA daripada cinta yang KEKAL abadi..

"mengapakah ku pilih jalan ini?"

aku sudah terjatuh.. tetapi tidak cuba bangun kembali, apa gunanya mempunyai ilmu tetapi tidakku amalkan..
cerita ku hari ini bukan untuk luahan... tetapi untuk perubahan.. perlu ambil iktibar..

"siapa yang segolongan dengan AKU ini lah YANG BODOH DAN HINA"

aku tiada apa-apa lagi disisi ALLAH..
ALLAH masih mengurniakan imanku, untuk nasihatkanku..
tapi aku jauh sekali dengaNYA.. aku ANGKUH!! SOMBONG!!

aku sepatutnya tidak boleh berhenti berkorban~ 


padahal.. DIA YANG ESA telah beri ku peluang ku kembali..
tetapi penghijrahan itu selalu ditangguhkan,

kerna ku lupa, lalai, leka akan SAKARATUL MAUT..

aku hari ini tergerak hati untuk melawat beberapa blog..
antara mereka semua.. semuanya remaja yang penuh sifat pengorbanan cinta ILLAHI..

aku bersyukur mereka masih ada lagi di dunia ini..
sedangkan diriku dalam KEALPAAN...

inilah pengajaran untukku pada hari ini..
aku berharap cintaku pada ALLAH tidak lagi hilang.. jikalau ianya sudah pudar..
aku berharap.. DIBERI petunjuk untuk pekatkannya lagi.. 

ASSALAMMUALAIKUM



Jumaat, 26 Oktober 2012

we ALL PEMIMPIN!!





ALHAMDULILLAH~ (S.A.W) selawat ke atas nabi, ASSALAMMUALAIKUM~ 
tengok gambar diatas~!! yer!!! alhamdulillah saya seorang blogger muslim..
jadi!! dengan itu seorang muslim biasanya mengambil berat tentang saudara Islamnya!!

oleh itu di atas cintanya kepada ALLAH~ terjadinya satu pengorbanan!
perjuangan agama ILLAHI.. 
di mana cara untuk perjuangkan agama itu!!
marilah kita!!!! BERDAKWAH!!

ingatlah sahabat-sahabat ku, di dalam kubur nanti,
akan ada soalan berkata, 

"SIAPAKAH SAUDARA MU!!!!!"



mampukah kita nak jawab "saudaraku islam" kalau kita tak ambik berat tentang saudara kita...

kita tengok kawan kita dedah aurat, ada tak kita nasihatkan dia?
kita tengok kawan kita "COUPLE" ada tak kita cakap perkara itu  mendekati zina?
kita tengok kawan kita NGUMPAT ada kita nak hentikan dia?

kita pun join NGUMPAT...
makan lah daging saudara sendiri..
ASTAUGHFIRULLAH~!!

 jadi, kalau kita sayang saudara kita, kita kena CEGAH!!!  perbuatan kemungkaran nya..

bukan kawan jer!! SIBLINGS ker.. PARENTS ker..
yang korang rasa mampu nak cegahkan untuk nya..

HAH!! yang paling senang .. JUNIOR KITA lah~ :DD

kita ada TIGA CARA MENCEGAH!!!

  1. mencegah menggunakan tangan
jadi? menggunakan tangan.. macammana tuh!! haa~!!
ianya kebiasaannya untuk orang yang berpangkat lah.. like PARENTS kita.. GURU..
kalau kita salah.. diorang boleh pukul kita :DD
HAHAHAHAHAHA!!!!
ataupun orang macam kita pun boleh~ tapi BUKAN PUKUL !!
contoh: bangun pagi!! SUBUH!!!!! aiikk!! kawan kita sorang ni tido lagi!! kejut dia!!
(gunakan tangan kan? -_- )
jadi ini yang mempunyai kasih sayang~ WAA!!!! ^_^


2.mencegah dengan cara LISAN!!

okay? korang faham? maksudnya!! dengan percakapan~!!
nasihatlah maknanya~!!
TETAPI!!!
nasihat ADA CARANYA!!
takkanlah kita nak nasihat kawan kita TENGKING-TENGKING KAN!!
confirm kena CEPUK kawan kita ni!!
HAAAHAHAHA!!
macammana caranya?

(................................)


okay!! (adab menegur)
1. cari waktu yang tepat dan sesuai!!
2. merahsiakan nasihat, tidak mengur dihadapan orang lain(supaya tidak mengaibkan keburukan kawan kita)
3. memahami kedudukan orang yang menegur
4. tegur secara umum dlm urusan dunia dan agama (e.g.: ceramah, usrah, muzzakkarah, semua majlis ilmu)
cara yang keempat ni paling OSEM!! love dakwah :DD

3.mencegah menggunakan hati

oh!!! cara ini adalah selemah- lemah iman~
hanya boleh cegah diri sendiri je lah~
dari kemungkaran..
hanya berkata TIDAK dilam hati..
orang yang jenis mula-mula saya cakap... yang kat atas sekali tu...
tengok kawan kita buat kemungkaran.. hanya lihat sahaja tidak pedulikannya!!!
SAHABAT KER macamtu? -_-
fikirlah sendiri~!!!



note:
kita sebagai muslim janganlah islam hanya nama!! marilah menjadi mukmin!! yang bertakwa..
bukan sekadar yakin!! marilah bertakwa juga~!! kita semua umat RASULULLAH..
umat yang HEBAT!!! tapi bila akhir zaman, janganlah jadikan diri kita golongan orang yang dapat penyakit WAHN.. iaitu "orang yang cintakan dunia, bencikan kematian" bila penyakit ini selalu tersebar maka itulah yang rasullullah bersabda " umat akhir zaman bagaikan buih-buih di lautan" ( maknanya kita makin ramai tapi lemah ) jadi lupakanlah hiburan atau nikmat kat dunia ni, kejarlah kejayaaan di akhirat~

                      INGAT HIDUP INI BUKAN MAIN-MAIN!!!



lahirkan lagi pejuang islam!! macam pejuang islam dulu-dulu!!! 
kitakan HEBAT dulu!!



susah nak terangkan gambar ni.. meh bagi lagu sikit nak terang kan gambar ni.. 


wanita solehah adalah wanita yang tidak memandang, dan tidak dipandang..
so, sangguplah dia mambalut diri menutupi maruah, malu jikalau maruah nya terdedah..

tutuplah auratmu~!!

takanak panjang-pangjang dah .. assalammualaikum .. selamat tinggal

Sabtu, 6 Oktober 2012

Sebuah pengorbanan


Foto: [++] "Dia berpakaian longgar dan menutup aurat. Belum tentu dia solehah...^_^

Wall FB nya penuh dengan post islamic. Belum tentu dia amalkannya semua...^_^

Sekurang2nya dia berusaha menjadi lebih baik. Mengikut syariat Islam...

Selagi termampu, usah malu untuk berubah, Allah tahu niat seseorang...♥"

Alhamdulillah, (selawat keatas nabi),ASSALAMMUALAIKUM..

bertahun-tahun ku sudah menjalani hidup.. aku hidup sebagai seorang yang jahil..
yang ingin menggapai cita-cita tanpa mengetahui erti hidup dan cinta.. 

yang selalu ingin kenikamtan di dalam hidup.. tidak mngenali erti REDHA dan SYUKUR..
yang memikir kan zaman kini masih elok...
tidak merasa kecewa pabila melihat kemungkaran..

yang merasa gembira membuad kemungkaran.. 
itulah zaman kecil-kecil ku.. sebagai seorang yang jahil..
mengikut arus dunia, tidak peduli tentang akhirat..

yang hanya menggapai cinta yang tidak berkekalan..
itulah diriku yang tidak mngetahui segalanya~

tetapi kini~ aku bersyukur, tempat yang kudidik kini, menyedarkan aku untuk mencari cinta,
yang kekal abadi..
kini kutahu, bagaimana indah nya sentiasa redha dan bersyukur setiap ujian
kini kutahu betapa indahnya mngorbankan segalanya untukNya..  :DD

seluruh diriku ingin membuat pengorbanan untuk mnegakkan agama..

aku ini tiada apa-apa tanpaNya.. ~~ 


aku lah hambaNya yang ingin mngejar cintaNya
TERIMA KASIH :DD

:DD

p/s: pengajaran dalam cerita ini,.. wahai hamba-hamba ALLAH sekalian ingatlah setiap ujian pasti ada hikmah nya.. ALLAH sentiasa merancangkan yang terbaik untuk kita.. kita kena bersyukur dengan nikamat yang diberi, janganlah mengharapkan nikmat yang lain, nikmat yang dah ada tu kita kena betul-betul bersyukur dulu, dan sentiasa bersangka baik atas setiap ujian , ALLAH tu adalaha seperti sangkaan hambanya, dan sentiasa redha apa yang berlaku.. kerana kita adalah milikNya, dan bersabar lah, sebab mesti ada hadiah yang ALLAH beri sebab kesabaran kita tu, ALLAH dah janji!! YAKINLAH!!

korang faham tak yang saya cakap bersangka baik setiap ujian.. contohnya harini kita beli coklat .. lepas tu jalan-jalan sambil pegang coklat tuh.. tiba-tiba jatuh.. korang kena senyum dan bersangka baik contohnya "mungkin coklat tadi tak HALAL, sebab tu coklat tu terjatuh.. TERIMA KASIH, ALLAH "
see~? korang faham~ :DD 
betapa indahnya cinta ALLAH :DD 

ASSLAMMUALAIKUM~~!!

Sabtu, 29 September 2012

Dunia kini~




ALHAMDULILLAH,~ (SELAWAT KE ATAS NABI), ASSALAMMUALAIKUM..

hemph~ keluhan hatiku melihat dunia kini.. segalanya~!!segalanya.. andainya semua memahami apa yang membuat ku kecewa tentang dunia kini. aku berharap semua umat ISLAM kini bersatu untuk mengubahnya, mengapa? mereka berubah pada zaman akhir ini, tidakkah mereka fikirkan  tentang akhirat.. ALLAH telah mengurniakan kita sumber petunjuk di dunia ini, mengapa tidak mereka ingin mengikutinya,.. kita hanya perlu mengikuti al-quran dan sunnah nabi.. mengapa, mereka lupakannya~

Adakah mereka lupa,.. apayang telah RASULLULLAH lakukan untuk mereka.. apakah mereka fikir kefakiran di zaman kini itu kebiasaan sahaja~.. mengapa mereka mengikuti orang yang kebanyakan di bumi ini..

adab kini yang mereka amalkan kini, memusnahkan segalanya, itu kerana mereka mempertuhankan nafsu.. dimana kasih sayang mereka terhadap agama.. 

mengapa kini senang sahaja mereka mendedahkan aurat, membuat sesuatu yang dimungkari ALLAH di mana-mana sahaja.. kebanyakan wanita kini menutup aurat, tapi kebenarannya mereka membaluti aurat.. mengapa?

..................

mengapa mereka memandang ringan.. ISLAM bukan hanya untuk ustaz/ustzah// pelajar sekolah agama.. orang yang kuat agama tapi untuk semua~~ SEMUA!!

kita hidup di dunia ini bukan untuk bergurau senda, dan main-main.. tetapi DIUJI!! sekecil ZARAH manapun dosa mereka pasti ada balasannya~~

renung-renungkan lah sahabat-sahabat ku di sana.. jangan biarkan umat zaman kini mengikut arus dunia.. ingatlah pada azab DISANA~ (akhirat)

dunia ini hanya sementara..
dunia hanya satu titis air daripada sebuah lautan yang sangat besar.. dan lautan itulah AKHIRAT~

adakah mereka lupa bahawa kita pernah berjaya.. lihatlah pejuang islam kita terdahulu!!
kita sebenarnya hebat.. ISLAM HEBAT!!








dengarlah lagu ni.. dan hayatilah..

Jumaat, 30 Mac 2012

AWKARD SPOTCHECK (!)

:D have a nice day~

                                                         


          Assalammualaikum... 30/3/12 dah lama tak post.. yelah budak duduk hostel.. euw~~ 
nasib baik keja sekolah tk banyak.. tapi kena gak study, kena lah jadi budak pandai,..  yeke? yelah!! nak jadi orang yang berguna pada masa hadapan~ kan okelah tukar topik...

          Saya baru balik rumah harini.. balik rumah, buat perkara-perkara peribadi! lepas tu resting (tidur) huhu.. sedeh betul penat, malam nak target study.. tapi blogging, ! BONDO EH! tak per.. esok pagi...  tapi kita flashback cerita... 
    
               17 hours ago~~~ at school  at 7:15 A.M.

       Perhimpunan "sekolah _ _ _ _ "  macam biasa dengan bangganya pakai baju batik.. masing-masing pakai  pakaian yang kemas.. dan mempunyai etika pakaian..  *sukesuke* cikgu memberi ucapan.. -pengawas memberi pengunguman.. dan satu pengunguman itu ganjil.. "perhatian kepada semua pengawas sila beratur di belakang dataran uhud" then  mereka ke ruang legar dan mengelilingi seorang cikgu.. 

       Kat ruang legar tu adalah jugak beg-beg pelajar :) kan! lepas diorang mengelilingi cikgu tersebut.. dari mereka BEREDAR.. mereka berlari-lari naik tangga! arh!!! naik kelas!! then.. beberapa pengawas kembali ke ruang legar.. dan tiba-tiba menyelongkar beg-beg yng berada di situ (!) ARHH... now all student know what is happened.. it is spotcheck.. 

        haha spotcheck bukan setakat kat sekoalah.. termasuklah locker  DORM..  lama sangat spotcheck tu, tak belajar sampai rehat.. tu lah kowt yang membuatkan tak banyak kerja sekolah HOHO...

                                   
                                                 

 bosan~ gak time tuh~  haha masin-masin risau.. kalau diorang terlanggar pertaturan..  
tapi YESS!!! semua BERJAYA!! just novel-novel yang macam gitu jerlah.. :)
HEHE boleh bawak novel.. tapi asalkan tidak jiwang.. peraturaan bgi novel~

                        
 hyukkie bawak camera!! hyukkie langgar peraturan.. meh sini camera! (!) dush! (diambil)
    ' hey apa nie... jangan ambik camera saya.. ' 
    'don't make me touching-touching lah.. touching karang!' 
tak yah layan ayat hyukkie ni.. haha apa penutup entry nie.. errmm, kemungkinan esok dan lusa saya tak post dah.. nak tunggu post seterusnya pada bulan lima dan enam.. 

i love to  feel it.. two week in holiday, May and June i love you, better love November and December.. 

*waiting you (!),.. please support me in study! i want to be the best person! IM THE BEST (!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...