The Lady Entries Story

Ahad, 16 Disember 2012

Angkuh di hati


Assalammualaikum... 

   sahabat-sahabatku... hatiku sayu~ tidakku berniat untuk menjadi teruk sebegini.. mengapakah kita umat islam ramai yang terpedaya dengan tipu daya hiburan dunia ini.. entah apa tajuk ku hari ini..

       kesombongan dan ANGKUH seorang hamba kepada Allah, sudah merebak di sana sini..  mereka yang tidak hirau kan haram dan halal setiap perbuatan mereka itulah yang angkuh, sedangkan mereka sendiri mempercayai azab Allah itu wujud... mereka juga menggelar diri mereka islam, malah mereka masih tidak peduli tentang perbuatan mereka sama ada baik atau buruk..

     malah perkara yang selalu diperingatkan jugak , mereka masih melakukannya iaitu aurat.. aku berkata-kata disini bukan untuk mnghina atau mencaci dan sebagainya, aku hanya mengingati kalian dan termasuklah diriku.. sungguh aku tidak layak dihormati dan dibanggakan kerana kata-kataku ini, walau aku mengingati kalian, tidak semestinya aku baik orangnya, aku hanya manusia biasa, kadang kala angkuh juga orangnya..

al-isra', ayat 37,

dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi.

     
       angkuh dihadapan Allah tidak bermaksud berjalan dengan hidung yang tinggi... tetapi angkuh ini kerana.. dia angkuh tidak mahu berjihad di jalan Allah,tidak mahu melawan nafsu mereka untuk berhibur di dunia ini.. mereka tidak mahu melawan nafsu dari berhibur di dunia daripada berperang dijalan Allah, (sentiasa taat kepada Allah) patuh pada halal haramnya..  malah mereka sanggup berpura- pura tidak mengetahu kesalahan perbuatan itu,  .. mereka tidak sanggup bersabar  untuk kebahagiaan di akhirat, mereka pilih untuk berhibur juga di dunia dan tidak mahu mengikut peperangan berjihad untuk mendapatkan jalan yang di redhai 
Allah..

sedangkan Allah juga akan membantu mereka di dalam peperangan itu

al-ahzab, ayat 25,

Allah mengusir orang orang  kafir dengan tiada mendapat kebaikan, dan Allah menolong orang-orang mukmin dalam peperangan...

         jangan lah menunggu hidayah baru mahu berangkat, sedangkan hidayah perlu didapati, dan selalu diberi setiap hari, terpulang kepada kita untuk dapatkannya.. malah golongan yang berjihad di jalan Allah ini sikit orangnya, mereka lah orang yang lain sedikit dari orang kebanyakan di bumi ini...

orang terasing?? click sini..

                                                         assalammualaikum..

3 ulasan:

  1. waalaikummussalam~ ^^ good entry.. dan kebanyakannya benar.. huhu thanks ingatkan saya..

    BalasPadam
  2. Bgs Info nya Gan...
    Http://ripcurl-crom.blogspot.com

    BalasPadam

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...