The Lady Entries Story

Khamis, 13 Disember 2012

jalan yang sepi



Assalammualaikum.. sahabatku sekalian...

     entah mengapa kesepian didalam hati ini, dan membuatkanku kebingungan untuk memikirkan apa yang perlu ku ungkapkan, tetapi hatiku  ingin berbicara, tetapi entah apa yang ignin dibicarakan~ sedangkan diriku tidak lagi punyai idea... malah membuka komputer riba tanpa membuat sesuatu untuk jihad ke jalan illahi menjadikan sesuatu kelalaian.. .. oleh itu aku mencari-cari apa yang ku harus katakan, isi hatiku membisu..

      mungkin kerana diriku hanya kesepian.. kerana terasa diri ini terlalu sombong.. sungguh~ aku amat hina..  entah aku ini bernilai ataupun tidak..  dihadapanNYA sebagai hamba yang mulia, mungkin aku masih tidak melepasi nya,... kerana pelbagai dugaan yang ku harungi segalanya membuatku hancur kerana pilihan hati yang memilih jalan yang selalu dipilih orang, malah jalan yang usang ku ketepikan, padahal jalan yang sepi itulah terdapat kebahagiaan sebenar...

      mungkin aku seperti membicarakan hal peribadiku, tetapi tidak, aku sedang membicarakan tentang segala manusia...  

         itu hanya pembuka pada hari ini, aku tidak banyak ilmu untuk dikongsikan, aku hanya berkongsi ilmu dan cuba mencari ilmu yang lebih banyak, oleh itu jikalau kalian punyai ilmu berkongsilah bersamaku dan yang lain, menambah ilmu bersama ^^ aku ingin bicarakan tentang jalan.. yang sepi

         apakah ? jalan yang sepi? wahai sahabtku..  Allah telah membahagikan dua jalan hidup di dunia ini, sama ada baik atau buruk, disitulah kita diuji, sama ada yang buruk atau baik..

         jalan yang baik itu, pada mulanya penuh pengorbanan yang harus dikorbankan untuk tiba di penghujung jalan itu, iaitu kebahagiaan sebenar.. 

        jalan yang buruk pula punyai kebahagiaan pada mulanya, malah penhujung jalan amat seburuk-buruk tempatnya...  dan jalan ini dipilih ramai... orang kerana jalan yang penuh pengorbanan amat sukar bagi mereka, oleh itu memilih jalan yang buruk, iaitu yang bahagia pada mulanya menjadi pilihan mereka...

       sahabatku, tidakkah kalian ingat kata-kata orang melayu

biar susah dulu, senang kemudian..

padahal jalan yang buruk itu hanya punyai kebahagiaan yang sementa, tetapi jalan yang baik itu punyai kebahagiaan yang berkekalan..

surah at-taubah, ayat 38..
wahai orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "berangkatlah untuk perang di jalan ALLAH," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat? apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit.


oleh.. itu ia lebih baik memilih jalan yang jarang dipilihkan? disitulah punyai kebahagiaan sebenar..
assalammualaikum

kebagiaan sebenar... ?? click here
orang yang terasing...?? click here..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...