The Lady Entries Masterpiece

Selasa, 26 Mac 2013

Demi masa

Assalammualaikum..

jauh ku merenung, berfikir akan tajuk yang ingin ku ungkapkan..
apa lagi yang dapat ku ceritakan,.. akal ku bingung.. tidak mampu bersuara..
sejak lama tidak ku kongsikan di belog ini,.. 
kini ku kaku.. aku bagai membazir masa..

oleh itu aku tahu.. apa yang ingin ku ceritakan..
MASA~

tik! tok! tik! tok!

       Bunyi jarum saat menggerakkandirinya tanpa henti selagi sel bateri ada,dia bertugas untuk memberitahu sedunia tentang masa,tetapi tiada lagi yang pedulikannya,.. Semua manusia seenaknya melakukan perkara yang disukai di dunia ini, tanpa memikirkan berapa saat telah mereka bazirkan.. akan mereka tidak jangkakan suatu hari nanti...  terkejut melihat diri mereka tidak lagi ada masa didunia untuk mereka, malah mereka tidak layak lagi untuk dunia.

     Pasti terkejut lagi bagi mereka yang selama ini, pernah mendengar, melihat tentang khabar-khabar tentang Neraka... 

"apa yang aku telah lakukan untuk persediaan ini?"

barulah mereka sesali dan sedar bahawa masa memang telah memotong mereka...

Surah Al-Asr
1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

             Tidak terduga mereka... mereka didalam kerugian, selama ini mereka telah mendengar ajakan kebenaran(yang baik) untuk mereka yang mereka sendiri tahu akan dapat manfaatnya, tetapi mereka

"tidak mengapa, lain kali sahaja aku lakukannya"

         Mereka sombong untuk berjuang mengumpul bekalan.. adakah perkara lain mereka utamakan dari perkara yang mereka tahu lebih besar manfaatnya? ~

Kecuali mereka yang mengetahui harga masa yang tidak ternilainya.. mereka memenuhi segala masa merekan dengan perkara yang penuh bermanfaat..



Bayangkan anda sedang kehausan, dan anda ternampak sebuah tasik yang indah, tetapi malang sekali anda berada di puncak tembok batu-bata yang amat tinggi.. kemudian anda mencampakkan batu-batu itu satu demi satu ke arah tasik itu, kemudian, air tasik yang mercik itu terkena anda, dan anda semakin laju meruntuhkan tembok itu, lepas itu, laut bertanya... :WOI MANUSIA!! KENAPA KAU CAMPAK BATU ITU!!" lepas itu anda menjawab.. "kalau aku campak batu itu, aku akan dapat merasai merciknya, dan tembok ini akan semakin rendah dan semakin dekat aku dengan laut"

p/s: orang yang merindui Allah dengan merobohkan batu bata hawa nafsunya, satu demi satu. Semakin sering merobohkan hawa nafsunya, semakin akan tampak olehnya keindahan Allah dan semakin mendalam kerinduannya kepada Allah . oleh itu semakin dekat dia di sisi-NYA~ ♥ ♥ ♥ 



pernah tak terfikir... "camne rase indah cinta ALLAH ni?"

nak tahu camne indahnya? cuba lah dulu buat sesuatu untukNYA..
dan kumpullaah ilmu untukNYA juga^_^


wahai umat islam sekalian.. marilah kita kuatkan semangat bermujahadah (berusaha mengawal diri untuk berjuang) menjadi seorang dae' (pendakwah) kuat kan semangat khasyatillah (takutkan ALLAH) ingatlah azab - azabnya.. kembalilah bersahabat besama-sama sentiasa meneguri dan memimpin diantara kita...ajaklah beristiqomah (konsisten) bersama-sama.. ingatkan mereka janji-janji manis ALLAH untuk kita apabila serik bermujahadah untukNYA... keperitan didunia berjuang kebenaran akan bertukar manis diakhirat :'(

ingatkan daku, setiap dugaan diberikan .. DIA sentiasa berfirman dengan penuh kasih syang.. berjuang itu memang pahit kerana syurga itu manis

2 ulasan:

  1. Ye. Kena disiplinkan diri, akk kdg2 wt jadual utk esk arinya dlm notes. Nk bahagikan ms utk dunia & akhirat. Tp kdg2 gagal. Sedihh. Hrp kte akan jd lebih baik dr sblum ni. Gudluck dik ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kaaak, huhuk akak post saya sendiri ni pun sedarkan saya. :')

      Padam

komen kerana allah.. untuk menegur saya dengan baik, alhamdulillah terima kasih.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...