The Lady Entries Masterpiece

Rabu, 27 Mac 2013

mujahadah (?)


Rusydee Arts'

Assalammualaikum..

          Ini kisah cinta aku dan Dia.. \(^-^)/  hehehe.. bila keindahan cintaNya terus membuat ku rasa bahagia, oleh itu pengorbananlah buktinya untuk aku balas cinta Ter-Agung itu. Manakala sifat khasyatillah (takutkan Allah) membuat aku sanggup ikut perintahNya pabila ingatkan azab-azab akan datang.

bermujahadah bermaksud berusaha mengawal diri atau berjuang <3 #take a note

       wahai umat sekalian, pabila seseorang itu telah tampak olehnya keindahan mengabdikan Allah, dia pasti akan berkorban (mujahadah) mentaati perintah tuhannya, sanggup mengumpul ilmu tetangNya ingin mengejar janji-janji manis tuhanya. Sanggup meninggalkan segala yang fana (tidak kekal) walaupun sebenarnya dia amat inginkannya jikalau mengikut hatinya. Disebabkan adanya sifat khasyatillah, dia tahu..

"tidak mengapa aku utamakan mujahadah aku dulu, ia lebih baik aku berjuang memasuki syurgaNya,dan apa yang aku ingin berlipat kali ganda disana :D"


Memang indah mengikuti diri apa yang ingin dilakukan, tapi ia boleh menutupi keindahan sebenar pabila bersama ALLAH #take note


     surah at-taubah, ayat 38..
wahai orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "berangkatlah untuk perang di jalan ALLAH," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat? apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit.

   manakala apabila seorang manusia itu sombong ~

surah at-taubah, ayat 39...
jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscayaALLAH akan menghukumkamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikaNya pun.Dan ALLAH maha kuasa atas segala sesuatu.

  Dia juga tenang menghadapi,dugaan yang diberikan kerana dia anggapnya surat cinta dari tuhanya:

sebenarnya setiap ujian adalah satu kasih sayang ILLAHI kepada hambanya, supaya dapat mencapai sesuatu darjat itu.. 

dan dalam sebuah hadis al-qudsi,
Allah ada berfirman kpd malaikat jibril:pergilah kepada hambaKu dan timpakanlah pelbagai ujian kerana Aku ingin mendengar rintihannya 


       Oleh itu dia merendah diri dari mengejar kemudahan didunia ini yang terlampau agar tidak lalai..


        oleh itu kamu jangan berhenti bermujahadah untuk cintaNya, walau kamu telah gagal walau beribu kali, kamu perlu bangkit lagi(!) bermujahadah lah~ terutama dalam lawan nafsu dan fitnah syaitan.

#hey you!! la tahzan!! put your trust in ALLAH, THE Sweetest love(!)

Assalammualaikum, dan terima kasih kepada Rusydee Artz atas sumbangan gambar berdakwah nya :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen kerana allah.. untuk menegur saya dengan baik, alhamdulillah terima kasih.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...