The Lady Entries Masterpiece

Khamis, 14 Mac 2013

Cinta yang tersirat pengorbanan



Assalammualaikum..(kisah yang diceritakan in hanya rekaan semata-mata)

kini.. kesepian hati ini ingin menceritakan pengajarannya,.. 
aku seorang anak terkhir diantara adik beradikku..
sebagai adik, terdapat banya pengajaran yang aku dapat dari kehidupan orang lain dan kehidupan ku

ibu .. itu yang ingin ku ceritakan dari semalam
titisan air matanya sering dikeluarkan dihadapan ku..
luahanya  juga membuat ku sayu tidak terkata..

sungguh aku teramat kagum akan pengorbanannya
kisah yang terlalu membuat ku terharu..

   ibu~ kau sakit kaki , tulangnya patah, aku hanya pandai minta kau datang ke hostel kerna pentingkan kerinduanku kepada mu,.. dan pabila ku datang menemuimu di luar asrama selepas nama ku diumumkan, aku melihat kau duduk terdiam keseorangan, lalu aku bertanya

                                        " mana ayah?"
   "ada hal tadi, tak boleh hantar.. mama jalan kaki pergi pekan sorang-sorang cari barang yang kau   nak tu"

     "mama tumpang kawan ker?"

     "tak  lah..  tumpang jiran sebelah  pergi pekan jer lepas tu sorang-sorang jer datang sini"
sambil ibu menghulurkan kepadaku sebungkus air milo yang dibelinya di bandar tadi..

     "kaki mama dah sembuh dah ker?" sambil aku beri senyuman manis kepda ibu..

ibu terdiam sambil menggelengkan kepala..
      "nah! mama ada beli nasi ayam untuk adik"

      "terima kasih.. " sambil menundukan muka ku dan menangis diam-diam..

sanggup, ibu korbankan kesakitan itu, sayangnya kau terhadapku.. maafkan daku oh ibu


kemudian tika kau ingin pulang,.. tidak kau ingin dengarkan aku ini..

"mama tumpang orang lah balik, mama penat tu, dah lah lelah"

"tak nak, mana mama kenal orang kat sini"
sambil aku mengusung dirimu hingga di tepi pagar sekolah ku.. lepas itu kau keluar manakala kau biarkan aku menangis dan menjerit..

"mama duduklah kat pondok tu kalau nak tunggu bas.. kalau ye pun"

"mana ada bas sekarang ni, nak tunggu pukul enam ker? mama tunggu teksi, biar jer lah mama tunggu kat sini'

"mama tumpang oranglah!!"

"tak kenal oranglah"

"biar adek tanya mak kawan adek"
ku berlari menuju seorang perempuan digelar ibu,.. yang pandai memandu

"assalammualaikum makcik" senyuman manis terukir, tapi air mataku tak bisa dihentikan

"waalaikummussalam kenapa dik?

"mana anak makcik?"

"dah masuk asrama dah, mak cik dah nak balik dah~ kenapa?"

"makcik boleh tak tumpangkan mak saya?"
kemudian aku ceritakan segalanya dan aku berlari ke asrama, kerana kesedihan ini tidak dapat ku tahan lagi..


p/s: pengorbanan mu amat berharga sekali, tetapi malang sekali ramai tidak menyedarinya, betapa derita kau korbankan untuk anakmu oh ibu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen kerana allah.. untuk menegur saya dengan baik, alhamdulillah terima kasih.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...