The Lady Entries Masterpiece

Ahad, 13 Oktober 2013

About our loves

Dear the peoples I love,
This is my though, that never i tell to you, when you read this , you will know that I very love you
Assalammualaikum..

I write this with what in my heart.. and It called thoughs
Mummy, daddy, siblings, friends, and the noble love, Rasulullah, and the Greatest love, Allah.

Penghayatan aku tentang cinta-cinta mereka, kini tidak seperti selalu, oleh kerana itu, kebanyakan masa aku tidak menjadi Hamba, umat, anak dan sahabat yang baik pada mereka. Maafkan aku,.. aku tidak tahu dimana permulaan kesilapanku. Seriesly, aku tak pernah membenci orang, memang aku pernah tergores , terluka seketika, memang aku pendam kesakitan itu, tetapi ia akan diubati, tidak pernah meninggalkan benci.

cinta, cinta, cinta. hidup semua tentang cinta.. hanya mati akan mendiamkannya. :'(

Mummy and Daddy also siblings.
Maafkan aku, sebab tak jadi anak yang baik. Ketika kita jauh, aku selalu memikirkan tentang azamku ingin menjadi anak yang baik, yang membahagiakan mu, dari anak-anak mu yang lain. Ingin menjadi anak yang sentiasa bersegera atas arahan-arahan diberikan, ingin menjaga hati mu supaya tidak berkecai lagi. Selalu berdoa agar kita ditemukan di Syurga.
Kerana dirimu sahaja yang memahami diriku, dari kecil ke besar, itulah kurniaan ilahi, permberian padaku insan-insan yang memahami ku dalam hidup ini, Akan tetapi, apabila jarak kita dekat, aku mendustai nikmat cinta ini.. Hatimu berkecai akan perbuatanku. Hatimu menangis keranaku. Aku sudah dilabel DERHAKA. Akan tetapi hati ini sangat menyayangimu. Cuma hati ini disesatkan, dilalaikan. Dunia. Bila di rumah, segalanya menyesatkanku untuk menghayati segala ini. Al-Quran, kuberpaling, itulah sebab kelalaian ku.


Friends. Also juniors and seniors.
Maafkan aku, sebab tidak menjadi sahabat yang baik, kadangkala aku pernah menghayati tentang cinta kita semua. Penghayatan cinta kita, membuatkanku menangis, kerana butu ingin mencari jalan supaya kita boleh berpegangan tangan untuk memasuki Syurga. Itulah sahabat sebenar, iaitu yang membawa ke Syurga, akan tetapi kekadang aku lemah, aku hanya mampu berdoa, itulah senjataku dalam senyap.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku, ibubapaku dan sahabat-sahabat, sungguh Ya Allah, kami ingin menjadi hamba yang memenangi kemenangan Agung Ya Allah iaitu Syurga, kami pun nak jadi baik Ya Allah,  kami cintakanMU Ya Allah, tetapi kami yang dustakan cintaMU Ya Allah, kami yang leka, dan seronok melupakanMU dengan sentiasa memikirkan dunia, sungguh kami leka, bukan tidak mencintaiMU Ya Allah, ampunkanlah kami, terutama ibubapaku dan sahabatku"
Sahabat, aku tidak pernah membenci dirimu, tetapi aku pernah takut untuk menegurmu tentang kebenaran kerana tidak mahu aku kehilangan mu, maafkan aku akan ketakutan itu, tetapi mungkin sebenarnya kamu lebih menghargainya, entah mengapa ketakutan itu timbul, sedangkan itu kebahagiaan kita :') mungkin sekali lagi aku disesatkan oleh musuh-musuh kita. :( Apabila kurangnya penghayatan cinta kerana Allah ini, cinta kita lari fitrah, iaitu bertukar kepada kawan kelalaian. Maafkan aku, aku sayangkan kamu sebenarnya.


Oleh itu, jadilah aku orang yang tidak berguna bagi kamu semua, tidak membawa kamu semua kepada keindahan mengingati Illahi, mngikut perintah Illahi, menjauhi larangan Illahi. Maafkan aku :') aku sayang kamu. Aku sayang kamu, keranaNYA, tetapi bilamana aku lupakanNYA, maka terhapuslah cinta kepada kamu semua keranaNYA, jadilah cinta ku pada kamu semua kerana duniawi.

Tetapi bilamana, aku memandang kamu semua sambil aku memikirkanNYA, pembalasanNYA, muka-muka mu membuatku menangis. Aku kembali pada fitrah cinta. cinta keranaNYA.

Allah and Prophet S.A.W
Allah lah yang beri segala-galanya, dia berikan rasa cinta, dia menarik segala cinta. Dia lah pemberi nikmat. Tetapi segala yang diberikanNYA adalah untuk kita kembali padaNYA. Dia nak kita ingat dia balik. Dialah yang paling suwit. Rasulullah S.A.W amatlah cintakan umatnya. Beliau sentiasa mengeluarkan berjuta-juta titisan air mata untuk kita. Memikirkan tentang kita, adakah kita akan tergolong dalam golongan orang yang memenangi kemenagan agung, atau, orang yang rugi,.. Beliau menangis setiap hari kerana mengetahui bahawa kebanyakan kita akan tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Sabda Nabi S.A.W
"Aku bersumpah dengan nama Allah, bukanlah kelaparan yang aku bimbang(takut) menimpa ke atas kamu, akan tetapi yang aku bimbang adalah kemewahan dunia datang ke atas kamu sebagaimana datang kepada mereka-mereka sebelum kamu. Kamu berlumba-lumba mendapatkannya dan kamu LALAI dalam mendapatkanya sebagaimana mereka."

Riwayat Bukhari dari Amru Bin Auf

Betapa risaunya baginda terhadap kita, dan benarlah apa yang dikataka beliau

Abu Sai Al-Khudri RA, berkata: Pada suatu hari Rasulullah S.A.W, berada di atas mimbar lalu bersabda: "Ada seorang hamba yang diberi pilihan Allah SWT antara diberi kemewahaan dunia atau diberi sesuatu yang ada di sisiNYA" setelah itu Abu Bakr RA menangis.

Itulah risaunya baginda, sama ada umatnya memilih kemewahaan dunia atau di sisi Allah. :')

Tetapi , aku tidak menjadi hamba Allah yan baik, kerana aku dustakan cintaNYA, kufur nikmat diberiNYA,tidak mengingatiNYA dan tidak mengingatkan hambaNYA yang lain mengingatiNYA, maafkan daku, Dan aku tidak menjadi Umat yan baik, kerana aku tidak sambung dakwah beliau dengan baik.


Dan sekian sahajalah surat cinta ini yang dikhususkan untuk awak. Awak yang sekeluarga dengan saya. Awak yang membesarkan saya.Awak yang selalu buli saya. Awak yang lahir sebelum saya. Awak yang kenali saya. Awak yang rapat dengan saya. Awak yang selalu setiap hari dengan saya. Awak yang benci saya. Awak yang sesekolah dengan saya. Awak yang junior saya. Awak yang senior saya. Awak yang sesekelas dengan saya. Awak-awak-awak-awak semua~ awak, ini untuk awak, awaklah orang yang saya sayang.

Walaupun saya tahu, tiada siapa pun antara awak akan baca ni, jikalau awak dapat baca, Alhamdulillah. Allah yang hantar hati kamu untuk membaca ini :')

"surat ini untuk awak"
Tapi bukan untuk awak yang menaruh hati pada saya, bukan untuk awak yang bukan mahram dengan saya, maaf cinta antara kita tak diiktiraf boleh bawa ke SyurgA kecuali selepas nikah.

sekian, Assalammualaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...