The Lady Entries Story

Isnin, 30 Disember 2013

Hanan sahabatku part 5


Hanan Sahabatku

'Awak adakah pertemuan ini satu keajaiban dari Allah untuk kita?' Desis hati Hanan melangkah pergi meninggalkan Pemuda itu.

Pemuda itu pergi dalam keadaan kekeliruan,
'Dia kenal aku ker?'
'Mungkin aku kenal dia jugak, cuma tak tahu sebab dia berpurdah'
'Sejuknya pandang perempuan macam itu, melindungi maruahnya'

Pemuda itu tersenyum sendirian,
'Mungkinkah Hanan kini begitu?'
'Eh! Hanan!'

Jumaat, 27 Disember 2013

Berani kau kata 'Tuhan ada anak' !!

Hey! Ho babe! Astaughfirullah~
Assalammualaikum.

Hari ini aku kembali dalam keadaan mood sedih, happy, excited, nyesal, modd bercampur-campur ni maksudnya gila, faham took! Okey aku tak tahu apa perasaan aku masa menulis entri ni cuma nak cakap sejujur- jujur nya ,

When I write this entry i write it while tersengih-sengih, It means otw nak jadi budak yang happy good luck.

No! no! Actually I want share something thats important to us as a Muslim! Nampak tak muka serez kat atas? Herrm korang layan jer lah aku ni, permulaan entri memang ada DRAMA dulu.

Today story is *stop drama*
Once upon a timeeee......

Khamis, 26 Disember 2013

Hanan Sahabatku part 4



Hanan Sahabatku

  "Hanaaaaannn"  jeritan Aiman sedang berlari ke arahku. Dia menggunakan seni pertahanannya untuk tewaskan penjahat itu. Tidak sangka, aku tersilap, dia bukanlah ingin bersekongkol dengan penjahat itu, tetapi dia menyelamatkan nyawaku. Saifullah datang membantunya dengan merampas pisau daripada penjahat itu.  Aku terlepas dari penjahat itu, lalu aku berlari ke arah Aina yang terbaring. Aku sedih, betapa sunyinya jalan ini. Jikalau Aiman dan Saifullah tidak datang mungkin aku di dalam bahaya. 

 Aku menangis melihat Aina, "Aina maafkan aku, aku.. aku... Ainaaaaa!!" 


 Aku mengikuti troli yang membawa Aina ke bilik pembedahan. Langkah ku terhenti, sebaik sahaja troli itu memasuki bilik pembedahan itu. Aku melabuhkan punggungku di kerusi di hadapan bilik pembedahan itu, iaitu tempat menunggu. Aku tidak dapat menahan tangisanku. Aiman dan Saifullah terdiam. Aiman hampiriku cuba untuk menenangkan aku. 

"Hanan, dah lah tu" sambil menghulurkan beg sekolah yang aku tinggalkan di tempat kejadian.
"Awak kena kuat, Aiman ada dekat sini, please stop crying" sambungnya lagi.

Aku masih tidak dapat berhenti dari menangis  tetapi aku sangat terharu akan Aiman. Dia memang seorang lelaki yang matang dan memahami perasaan aku. Dia cuba untuk menggenggam tanganku, tetapi ditariknya kembali. Mungkin kerana melihatku menangis. Aku cuba berhenti menangis supaya Aiman tidak terlalu risau padaku. 
"Aku tak boleh tengok kau nangis Hanan" Ucap Aiman. Aku tersentak mendengar ucapan Aiman. Aku baru teringat akan hubunganku dengan Aiman. Apabila aku melihat pengorbanan Aina kepadaku, aku cuba untuk mengikut apa yang disuruh Aina. Egoku  kini diam, merendahkan dirinya manakala hati ku berbicara 'Berpisah' . Kata-kata Aina mula terngiang-ngian di akalku.

"couple islamik itu bermaksud pernikahan, itu adalah jalan yang halal antara lelaki dan perempuan"

  Aku memandang Aiman, cuba untuk memulakan bicara.
"Aiman... A... Aimaan, dulu kita menjauhi antara satu sama lain kerana ingin fokus kepada PMR, tetapi Aiman sebenarnya ada lagi perkara yang membuatkan kita perlu manjauhi antara satu sama lain" Aku bicarakan dengan perlahan supaya tidak menggoreskan hati Aiman.

"Apa lagi maksud awak? SpM? lambat lagilah" tanya Aiman.
"Cinta yang kita jalinkan kini, adalah satu kelalaian, kelalaian yang menyebabkan kita lupa akan amanah ayng Allah berikan kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang baik"

Aku berhenti seketika untuk menarik n5afas dengan lebih panjang lagi. Kemudian aku sambung lagi,
"Jadi kita harus menjauhi untuk fokus menjadi hamba Allah yang baik"
"Untuk berapa lama?" Tanya Aiman.
"Bukan menjauhi antara satu sama lain sahaja tetapi kita berpisah" Ucapku sayu.
"Hanan, bagaimana dengan cinta kita?" Soal Aiman seperti tidak sanggup mempersetujui ku.
"Cinta kita? Aiman, Cinta Allah lebih utama, lebih pertama, DIAlah yang memberi kita rasa cinta ini, tapi cinta ini berada di lorong yang haram. Kita perlu tinggalkannya, dan percayalah ia akan digantikan dengan ikatan yang Halal" terangku panjang lebar.
"Jikalau tidak?" Tanya Aiman.
"Percayalah kepada Allah" Itulah ucapan terakhirku padanya.
"Hanan, Tunggu aku."


  Lamunanku habis berkecai apabila disapa Aina.
"Termenung apa diluar jendela tu cik Hanan" Gurau Aina.
"Adalah, sibuk saje, macammana tahu aku dekat surau ni?"
"Alaah mestilah tahu, waktu-waktu pagi macamni memang kau ada dekat sini kan nak dating"
"yeelaah"
"Kenapa ni, macam sedih ni?" Tanya Aina sambil mencubit pipi kanan Hanan.
"Teringat kisah dua tahun yang lalu"
"Hanaaannn, kenapa nak fikir hal yang dah lepas"
"Aina aku sayang kau Aina, terima kasih Aina" Hanan memeluk Aina.
"Aku sayang kau jugak, dahlah jangan lah fikir hal dah lepas"


Dua tahun berlalu...

Aina dan Hanan masih kuat melalui kehidupan mereka...
Demi cinta mereka keran Allah, mereka berubah dan berubah kepada lebih baik.
Kini mereka adalah wanita yang berpurdah.

"Hanan, esok ada kempen muslimah bersatu di Shah Alam, kau nak pergi tak?"
"Oh ye ke? Mestilah, seronoknya boleh ajak adik-adik usrah sekali"
"Okay jangan lupa inform dekat Aina sekali tau"
"Baiklah boss Arissa!"
"aikk dia ni, bila pulak jadi boss dia"
"Saja jer Arissa"
"Yelaah, okeylah ada hal ni, babai sayang kawanku, Uhibbukafillah, Assalammualaikum"
"Uhibbukafilla Aidhan, Waalaikummussalam"

Hanan memicit butang di telefon bimbit itu, dia amat gembira akan berita yang dibawa. Terus dia sebarkan maklumat itu.


"Aina aku tunggu kau dekat pondok ni"
"Eh! Hanan kami dah sampai dah ditempat itu"
"Oh ye! Lupa, awak dah cakap semalam"

Tangannya penuh, bermacam-macam fail dipegangnya, Hanan menyusun langkah tanpa memandang ke hadapan. Tiba-tiba, dia terlanggar seorang pemuda yang berada di laluannya,pemuda itu berjubah putih dan berkopiah putih, pemuda itu terjatuh, pemuada itu juga tidak perasan kehadiran Hanan kerana sibuk bercakap di telefon bimbit.

Hanan tunduk, tidak mahu memandang wajah pemuda itu, dia hanya tunduk untuk meminta maaf,
"Maafkan saya cik! Maafkan saya! saya tak sengaja!" sambil mengutip fail yang terjatuh
"Astaughfirullah, saya yang bersalah cik, saya yang patut minta maaf" sambil membantu Hanan.

Hanan tersentak, tangaanya terhenti dari mengutip fail yang terjatuh itu, 
'Adakah kau...' Hanan perlahan-lahan memandang wajah lelaki itu, kemudian tunduk kembali,
Selepas selesai, Hanan mengucapkan terima kasih, kemudian ungkapkan satu ayat,

"Terima kasih cik, dan terima kasih jugak sebab kini awak dah berubah" Kemudian dengan laju Aina pergi dari pemuda itu.

'Awak, adakah pertemuan ini satu keajaiban, dari Allah untuk kita?'

Pemuda itu pergi dalam keadaan kekeliruan,
'Dia kenal aku ker?'
'Mungkin aku kenal dia jugak, cuma tak tahu sebab dia berpurdah'
'Sejuknya pandang perempuan macam itu, melindungi maruahnya'

Pemuda itu tersenyum sendirian,
'Mungkinkah Hanan kini begitu?'
'Eh! Hanan!'

Bersambungggg!!!
P/s: sorry bahasa udah tunggang langgang, nak cepat :P

PART 5 AKHIR!!

Hate the child.

Assalammualaikum.

"ish aku nak tunjuk reaksi marah tapi jadi sweet pulak" --"

Emmm, tengok gambar kat atas tu kan teringat pulak cerita Hanan dengan Aiman, okey korang tunggu part 4 akan keluar hari ini, tunggu weh tunggu.Tapi korang dengar cerita kes harini, aduhh ! Hate the child betullah. Yelakan sebagai perempuan, mereka amat terkenal dengan sifat kasih sayang mereka lah kan. Selain itu, mereka jugak terkenal dengan sifat suka budak kecik.

Boleh tanya, kalau hang perempuan lah, "suka budak kecik?"
Ahaha mesti memacam korang jawab kan. Ada yang suka ada yang tak. 

Aku? HAisssh! aku suka lah jugak but aku jadi kakak garang untuk budak kecik yang aku nyampah. Syukurlah aku takde adik. ekekekek. Yang umur bebesar tu boleh lah depa tak lah nakal melenium sangat.

meh kita citer.
Once upon a timeee...

Adalah seorang kawan mak kita datang kerumah dengan membawa anak-anaknya. Yang comel, ceria,cantik, hensem, hahaaa semua ada. Tetapi  mereka semua baik baik sangat, tapi aku tak boleh terima budak laki sorang ni baik. Tak reti duduk diam. Okey dia budak baik jugak, masa tu aku tak Irritated dengan budak nih lagi. Tapi rancak , riang Wow. DIa pergi almari bukak almari, dia pergi laptop main pulaak, dia pergi Sanaaa siniii ambik ituuu inii. 

 Aku pun layan jer lah dah nama pun budak kecik, yekan budak kecik? 

Dah banyak kali dah budak ni selalu datang rumah, then ada sekali tu,
Laptop kan terbuka lah kan, aku tinggal lah dah orang datang, dia datang kat laptop, main ..
Aku tak marah dia pun, tapi kacau dia lah kan,

"eh, eh, eh, tak maluuuuu"

Dia belaah, pandang marah pada aku, aku rileks jer, dah lama sikit aku pun datang lah dekat laptop, pada waktu yang sama aku taknak budak tu kacau, muehehehe, tiba-tiba budak tu datang, mula-mula lalu jer then berdiri di belakang aku lah kan, aku tahu jer, macam biasa aku rileks jer, tiba-tiba ada bunyi,

"keeerrggghhhhhherjrjifbhig" 

Pelik, aku pandang belakang dia paling elak dari aku, budak ni kutuk aku ker apa? Lepastu pandang SLACT, again, Hahahaha selepas itu Seniority pun bermula! Apa lagi pandang Slact lah balik. Aku pun panggil,

"eh, dik dik! sini kejap"

Dia lari , pandang marah, Ish budak ni! Lepas tu dia start buat perangai dia, menceroboh rumah aku, pergi sanaa sini, dah lah geram ! aku pun pergi dekat dia.

"Dik , apa nama?"

Tanya nama je weh, tanya nama, dia gosok mata pulak buat nangis, Ish! geramnyer aku! Tikam dari belakang betul! Rasa nak makan budak tu kat situ jugaak, aku pun nak elak kan, 

"Maaa ni budak ni duduk dekat dapur"
"Haah, siapa? Irsyaaaaad"  mak dia panggil
"Dia duduk dekat sini, dia merajuk kowt nak coklat" Aku tak tipu kay, memang budak tu ada mintak coklat tapi mak dia tak mahu bagi, rumah aku tu ada lah coklat.

Aku pun tariklah dia sambil tu aku tanya,

"kutuk akak eh, tadi?" then, nothing respond.
Dah bawak ke mak dia tu, okay dia tak nangis pun saja ngade lebih, bila pandang aku, pandang marah. 

Herrrmmm lantak kau lah budaaak, adik dia pun satu. Masa nih dia dah nak balik dah, then mainlah kat luar, adik dia pun dekat luar, mak dia masih lagi berborak dekat dalam, kat luar rumah aku tu ada lah dua buah kelapa, kelapa yang belum parut lagi lah kan warna coklat. Tiba-tiba dari jauh aku tengok adik dia tuh angkat kelapa tu, dah lah kecik angkat kelapa besar, boleh lah nampak katang lah kan, tapi terkejut lah kan! rupanya dia baling kelapa tu dekat kucing aku ! 

"Isshh budak ni aku makan juga kaang"

Adoiiii budak ni memang melinium betul, kecik-kecik gini, bagi orang lain anggap perkara biasa lah, budak kecik, bagi aku tak boleh, budak kecik lah jangan biar dia nakal macam ni, kalau besar macam mana? Rupanya dia bukan baling satu buah je, rupanya dah dua buah dia baling, nasib kucing aku tu hidup lagi. 

Aku suka budak kecik, tapi aku tak suka budak Tarzan gini. :/  

Assif Jiddan, luahan perasan aku hari ni, kalau salah tegur XD
Assalammualaikum.

Selasa, 24 Disember 2013

It's hard to change.

sad girl | Tumblr@amber
Assalammualaikum. *Jawab kay jawab*

Entahlah apa pulak yang si Una ni akan berbicara or menaip pada malam or pagi ni. I just want to say, "urgghhh it's hard to change you know?" apalah yang susah sangat untuk diubah di dalam hidup gadis ini. Bermadah pulak aku.

Macam yang korang tahulah kan, hari ini dah 24 hari bulan, Just counting days memang aku akan meninggalkan dunia blogging aku tak lama lagi. Blog aku lah dunia aku. Herrm aku tak tahu masalah aku cuti ni, buku tak sentuh, tahun depan pbsmr, lusa pengunguman pemenang Giveaway by Alin. Aku punya sponsor ? Dah siaap daah. :D Alhamdulillah tapi aku tak tahulah nak cakap bagi yang tak mau follow aku tuh. Herrrm. Sedih amaat. And Laaast! Pasal ikan kat Lahad Datu tuh! Ya Allah korang tahu tak pasal tuh. Ya Allah semoga kita di ampuni Allah. 


And another! aku join pulak giveaway IPhone dekat instagram, entah betul ke tidak, ayah Una pulak bagi warning pasal ;

"orang sekarang boleh tipu pelbagai cara laah"

Huh! aku sangat-sangat sedih, apa yang aku buat untuk cuti ni, bahagiakan semua orang? Nope, jadi lebih Solehah and lebih mujahadah? Nope! Aku rasa sia-sia jer cuti aku.

Eh! Eh! Astaughfirullah~ 

aku tak patut macam ni, just nak ceritalah yang aku sesal sangat sebab aku tak study. Huhuk. Korang doakan Una terbaik untuk PBSMR , tak tahu kenapa! sebab tak study rasa macam jadi lebih bodoh je. Huhuk, tak sangka dah berumur 15 tahun 2014 nanti. Tak sangka akan jadi batch yang akan sentiasa diperhatikan cikgu tahun depan. 

  So kesimpulannya aku tak banyak series dalam segala macam, aku banyak main-main, please nasihatkan budak ini!!!!



sekian, Assalammualaikum. Aku takut, tahun akan datang.

Apakah satu perkara yang kamu telah cuba untuk mengubahnya, tetapi tidak berjaya?sifat kemalasan ketika cuti sekolah. :'(


Ahad, 22 Disember 2013

T D @font-face



Assalammualaikum guys, never lose to share what the news in my life
Because you are part my seoul. My blog readers, I love you! XD
Hahaks! okay-okay! enough! enough! Too gedik .

  You know what the difference in my blog? Look and see all around, Serious talk I love the fake header! hahaha, toooooo faaaakkkkeeee you know! Tapi rasa semak tak? semak? acannneee awak kena biasakan lah yea! tak mengganggu pun kalau nak baca. BTW senang tak payah nak edit kalau blog ni di-print-screen or what so ever lah kan. Argghh! I hate copy cats also, please lah beb jangan masuk page source, memang nak kena gigit ini punya kucing maaa. Oke-oke just joke but please lah.

Html Cetak Rompak membinasakan.

Waah-waaah. XD haha. 
And the first but not fast, *ayat baru* Una dah tukar dari template blogskin kepada washed denim, saja jaaar gegatal tangan, dah banyak sangat orang mintak editkan blog kebanyakan blog washed denim, errm terpengaruh di situ. Apa kaitan dengan T D font-face. ?

Template Designer font-face.

Jangan sedih yang guna Template designer! kita boleh guna font-face lah beeeb, tak caya tengok lah font yang Una guna, comel kan but takde pun dekat pereka letak! Download? ahh! takda maknanya.

Korang nak cari freebies font-face yang cecomel segalanya di Afiqah's Freebies blog.
Okey, kan kalau blog skin kena copy kod yang macam kat bawah ni dekat atas </style> kan?

@font-face{font-family:lemoncanfly;src:url('http://static.tumblr.com/eq1rpir/A8nm517nt/lemons_can_fly.ttf')}

But template designer takda kan, korang paste dekat atas
   /* header   kalau takder *washed denim laah* paste dekat atas </b:skin>

Dah paste korang copy kod bawah ni
font-family:lemoncanfly;
font-size:25px;
Paste dekat tempat korang nak letak, contoh post title washe denim,
search kod .post-title {
paste kod  tu dekat bawah kod .post-title { .

Note : Nama font boleh dapat dekat kod  tu, saya dah merahkan 

Selamat berjayaaaa ~ Had a problem? tell me! Feel thankful? comment !

Isnin, 16 Disember 2013

Hanan Sahabatku part 3

Sinopsis / pendahuluan
Hanan Sahabatku part 1
Hanan Sahabatku part 2



HANAN SAHABATKU

"Hanan kau marah aku lagi ke?" Tanya Aina sambil mengambil air kotak soya yang terjatuh sebentar tadi.

"kenapa kau buat aku macam ni, Aina?" Tanya Aina bingung, apa kesalahannya?
"Hanan, aku minta maaf kejadian semalam dan ianya berlaku sebab aku sayangkan kau" Jelas Aina, amat susah dia ingin menerangkan apa yang dia lakukan untuk Hanan sebenarnya.
"Sayang aku? Kau kan tahu, aku dah lama simpan perasaan pada dia" Jelas Hanan sebak.
"Kau bukan sahabat aku, seorang sahabat adalah orang yang memahami sahabatnya!" Terang Hanan yang ingin meyakinkan Aina bahawa dia berada di tempat yang salah. Kemudian Hanan beredar meninggalkan Aina untuk ke kantin.

  Aina mendongak ke langit, senyuman terukir di bibirnya, manik-manik jernih meluncur di pipinya.
'Dan sahabat adalah orang yang membawa sahabatnya ke Syurga, Hanan. Ya Allah, bukakanlah pintu hati Hanan untuk perluaskan cinta-MU didalam hati-NYA'


Sebulan kemudian....

  Pemeriksa mengutip semua kertas ujian terakhir PMR. Kemudia masanya sudah tiba, iaitu waktu yang ditunggu-tunggu pelajar-pelajar PMR. Semua pelajar berpusu-pusu keluar daripada dewan peperiksaan. Suasana sudah mula menjadi hingar-bingar mula memecah kesunyian sebentar tadi.

"Yeah, kita dah bebas akhirnya! seronoknya! " Hanan melepaskan perasaan.
"Yelah Hanan senang ke soalan tadi?" Tanya Arissa melihat Hanan riang.
"Ah! aku dah tak kisah dah semua tu Rish!Yang penting kita dah bebas!" Mereka berdua ketawa riang.

  Tiba-tiba Aina keluar dari dewan, dia ke kantin sendirian. Dia tidak seperti biasa, selalunya dia akan tanya khabar Hanan dahulu walaupun Hanan seperti tidak mahu melayannya. Hanan terkejut kerana melihat mukanya seperti lemah dan lesu.  'Tidak sihatkah dia?' Desis hati Hanan risaukan Aina. 'perlukah aku tanya pada dia?... Ah! tak perlu, dia tak minta maaf lagi kat aku' ego Hanan melawan.

  Di kantin, Aina hanya merenung pada makanan yang berada di hadapannya. Dia diam membisu cuma adakalanya dia terbatuk sedikit. 
"Aina kenapa ni? Adakah kamu tidak sihat?" Tanya Arissa sambil menghampiri Aina duduk di sebelahnya. Aina memandang gadis di sebelahnya itu lalu merenung kembali makanan di hadapannya. Dia kelihatan tidak mempunyai selera. Dia menggerakkan tangannya mendekati makanan. Dia meramas-ramas nasi itu pada mulanya, lalu dia mengepal nasi itu dan masuk ke dalam mulutnya perlahan-lahan.
"Saya okey je" Jawab Aina ringkas 
Arissa meletakkan tangannya pada dahi Aina.
"Aina, kau demam ni kau balik dengan siapa nanti ni?" Risau Arissa kalau-kalau tiada siapa yang menjaganya ketika pulang. Aina terdiam muram. Hanan yang berada di hadapan Arissa hanya memandang  dan tidak berkata sepatah pun. 'Teruk sangatkah dia?' Desis hati Hanan tanya diri sendiri, ambil berat kerana sayang akan gadis yang bernama Aina itu.
"Hanan, boleh kau balik dengan Aina?" Tanya Arissa, dia bersahaja ingin Hanan dan Aina berbaik semula.
  Reaksi mukanya sangat berharap kepada Hanan.

"Yelaaah" Jawab Hanan sambil menunjukkan reaksi muka tidak puas hati iaitu egonya. Aina memandang Hanan lalu memaniskan mukanya, senyum tetapi senyumnya jelas kelihatan terluka.
"Takpelah Rish, Aina boleh balik sendiri, sikit je sakit ni."



  Dalam perjalanan pulang, mereka berdua berjalan seiring tetapi mereka dia. Mereka langsung tidak mesra seperti selalu.Aina diam menahan kesakitan. Tangannya memicit-micit dahinya. Jalannya pula tidak selalu lurus, ada juga kalanya dia seperti tersungkur di tengah jalan. Hanan hanya setia memimpin tangannya. Nasib baik rumah Aina tidak terlalu jauh dari sekolah.
"Hanan, awak masih bersama dengan dia ke?" Tanya Aina dengan suara yang terbatuk-batuk.
"mmmm..." Hanan hanya menjawab ringkas. Kemudian, dia sambung lagi.
"Kami tak selalu berjumpa pun, tak pegang-pegang pun, kami biasa-biasa jer!" Terang Hanan panjang lebar.
"Hanan kamu tetap ada hubungan dengan dia, hukumnya masih Haram" Ucap Aina dengan perlahan supaya tidak menyakiti hati kawannya.
"Kenapa haram pulak? Kami tak pegang-pegang pun, tak rapat-rapat punlah apakata orang sekarang ni, couple Islamik" Hanan menggertak, ego menguasai dirinya.
"Hanan, couple Islamik tu bermaksud perkahwinan or pernikahan itu ikatan Halal antara lelaki dan perempuan" 
"Dan hubungan Hanan dengan Aiman ia akan melalaikan hidup kau daripada mencintai Tuhan dan menyebabkan kau lebihkannya daripada cinta TUHAN" Hujah Aina terberhenti setakat itu. Dia sedar bahawa dirinya masih jahil, dia tidak dapat menerangkan Hanan lebih panjang lagi.

  Hanan tidak puas hati, tetapi dirinya yang sebenar amatlah setuju akan apa yang Aina katakan. Tetapi egonya menafikannya. Dia melepaskan tangan Aina untuk membiarkan Aina berjalan sendirian tanpa dipimpin. Dia berjalan maju kehadapan tiga langkah dari Aina, dirinya memberontak. Aina menabahkan dirinya berjalan.
"Hanan pengorbanan mu untuk meninggalkan Aiman memanglah susah, aku faham Hanan perasaan sayang kau pada dia tapi percayalah, Allah akan gantikan pengorbanan itu dengan yang Halal" Aina dengan yakin.

 Tiba-tiba, seorang pemuda menyergah Hanan dari kiri, dia cuba untuk menarik beg Hanan. Hanan kini sedar, bahawa dirinya kini dirompak. Aina di belakang terkejut, dia berlari kearah Hanan untuk membantunya. Hanan hanya dapat menahan begnya daripada dirampas. Aina ditolak ketepi, tersungkur. Hanan mula menggunakan taktik pertahanannya. Hanan mengayunkan kepala lututnya ke perut pemuda itu, lalu menyiku kepalanya kemudian menyepaknya. Akhirnya pemuda itu terjatuh. Hanan cepat-cepat menarik Aina untuk melarikan diri. Tetapi mereka dihalangoleh pemuda tadi, sekali lagi. Tetapi kali ini ia lebih berbahaya kerana pemuda itu bersenjata. Harimau sudah mengeluarkan kukunya. Pisau telah dikeluarkan.

  Hanan memandang Aina, dia kelihatan amat terkejut, dia tahu Aina akan melakukan sesuatu, sebelum Aina bertindak, Hanan cepat-cepat mara kedepan. Tanpa berfikir apa akan terjadi kepadanya, sama ada pisau itu akan menembusi tubuhnya atau dia dapat mengalahkan penjahat itu. Dia tersilap langkah lalu  pemuda itu mengambil tindakannya untuk memenuhi hajat mata pisau itu. 


  Aku memejamkan mataku, berserah kepada nyawaku di hujung mata pisau itu. Pasti pisau itu sudah tembusi diriku. Aku akan terima peritnya sakit ini, balasan atas aku sakiti Aina. Peritkah sakit ini? Aku langsung tidak merasai apa-apa. Adakah ini rasanya ditikam? Peritnya langsung tidak dirasai.
  Ku membuka mataku, diriku dipenuhi darah tetapi pisau itu tidak menembusiku. Aku terkejut apabila melihat Aina dihadapanku dan badannya yang dipenuhi darah. Aina yang merasai keperitan kesakitan itu. Aina tumbang ke belakang, aku menyambutnya. Aku bagai tidak percaya apa yang Aina lakukan ini.
Pemuda itu tadi menarik tanganku untuk pergi. Aku lemah tak dapat melawan, aku ditarik begitu senang.

Tiba-tiba, sebuah motorsikal datang, aku melihatnya. Aku semakin takut, takut ada lagi yang ingin mengancamku. Dua pemuda yang sedang menunggang motorsikal  itu berseragam sekolah. Antaranya adalah lelaki yang ku cintai. Aiman dan kawannya dibelakang, Saifullah. Adakah mereka bersubahat dengan penjahat ini? Semakin hampir kelibat mereka, motorsikal itu berhenti, Aiman dan kawannya turun dari motorsikal itu kemudian berlari ke arahku, mengejarku. 

"Hanann!!!! !! " jerit Aiman sambil berlari.
'Kau akan selamatkan ku atau bersekongkol dengan penjahat ini untuk mengancamku, Aiman?"

BERsambunggg 

hanan sahabatku part 4

Sabtu, 14 Disember 2013

Hanan sahabatku Part 2




HANAN SAHABATKU

Hope Awak, saya sayang awak.

  Berdirinya seorang gadis di hadapan koridor kelas 5 Ibnusina. Gadis itu kelihatan tenang sekali memandang langit. Dia mengukirkan senyuman lalu memasuki kelas yang berada di belakangnya iaitu 5 Ibnusina. Dia tidak mahu berdiri lama di koridor itu kerana takut dipandang orang. Kelasnya sunyi, kosong, kerana waktu masih awal, untuk waktu hujung minggu begini untuk mengulang kaji. Tambahan lagi, mereka tiada kelas tambahan, diberikan waktu rehat daripada cikgu-cikgu. Dia berjalan sekitar kelas itu berulang-kali. Kelakuannya seperti ingin mencari sesuatu.
'mana pen yang aku tertinggal semalam?'
  
  Mukanya berubah ceria apabila pen yang dicarinya dijumpai. Kemudian dia merehatkan dirinya di atas kerusinya sambil tersenyum melihat mejannya yang dihiasi sehelai 'sticky note' berwarna kuning. Tangannya mencabut kertas nota kecil itu.

     "Uhibbukafillah, please don't forget to pull my hand to the way of life as a mukmin. Remember me bout the day we meet HIM. "    -Hanan-

 Bibir gadis itu seperti cuba untuk bersuara tetapi tidak dapat dikeluarkan.
'Uhibbukafillah aidhan, I will try the best'

exchange

Hope Hanan Kaulah Sahabatku.

  Suara hingar bingar pelajar memberiku peluang untuk melenakan diriku yang selalu meminta-minta untuk tidur. Tidak sempatku pejamkan mata, suara Hanan menerjah ke dalam gegendang telingaku.
"Oh myyyyy!! Aina! Aina ! tengok tu! Arggghhh! crush aku!"
  Hanan menolakku sambil memuncungkan mulutnya ke arah luar tingkap. Aku faham isyaratnya, terus mataku meliar ke arah yang di isyaratkannya. Ku lihat seorang lelaki berkemeja biru sedang berjalan kemudian hilang dari pandanganku.

 "elleeeeh! tak hensem pun HAHAHA" aku mula mengusik Hanan
 "amboi Aina! tak hensem? kau jangan main-main, budak yang agak HOT tu"
 "malas aku layan, aku tak kenal pun" Aku membalas dengan keadaan separuh sedar.
 "Ish, kau ni!" gertak Hanan tidak puas hati.
 "Hanan, aku malas lah nak layan perasaan buat masa ni, ingatlah kita bakal menghadapi ujian PMR" Aku ingatkan kembali Hanan.
 "kau ni rileks lah, aduh! bosan dah aku dengar, takde ayat lain ke nak bagi alasan?"
 "Hanan, ingat tak janji kita?" 
Hanan hanya diam, kerana dia tahu itu bukannya satu soalan yang perlu dijawab dan bukan jawapan bagi soalannya tadi.
  "Kitakan nak cuba dapatkan straight A+ PMR dan masuk SBP tahun depan"
Aku menepuk bahu kawanku ingin memujuknya.
  "Aku taknaklah pergi sorang-sorang je, kau kan sahabat aku"
Aku cuba untuk pikat dan pujuk hatinya itu.
  "Apa kaitan dengan crush aku tadi?" Tanya Hanan, aku pasti dia masih tidak berpuas hati.
  "Bukan masanya nak fikir pasal semua ni" Aku ucapkannya dengan lembut, aku, aku sayng dia.
  

exchange

 Aina tersentak, terdengar bunyi ketukan pintu yang tertutup itu. Habis berkecai lamunannya tadi. Kini dia hanya menuggu siapa yang akan muncul dari pintu yang diketuk tadi.

"Assalammualaikum" suara seorang pemuda di luar pintu. Pintu itu tidak lagi dibuka, mungkin kerana pemuda itu sedar akan kehadiran seorang gadis di dalam kelas itu. Salam diberi untuk menghormati gadis itu.

Aina kenali suara itu, dengan segera dia berdiri dan mengemas barang-barangnnya. Pantas dia menyusun langkah ke pintu belakang. Hatinya menjawab salam yang diberikan Saifullah tadi.
'Waalaikummussalam'
 Dia melepasi pemuda itu dengan tidak memandang wajahnya.

exchange

 HopeSahabat ke macamni?

  Pada suatu petang yang hening, di dalam sebuah taman seorang pemuda merenung jauh ke arah langit sambil tangannnya menekan butang 'mp3'. Kepalanya terangguk-angguk kerana menghayati lagu.

 Tidak lama kemudian , tiba seorang gadis datang ke arah pemuda itu. Pemuda itu mencabut 'earphone' dan menyimpan 'mp3' nya ke dalam poket. Gadis itu tadi semakin hampir dengannya.
"Hai awak" Pemuda itu menyapa sambil senyum.
 "Hai, lama dah ke awak tunggu? Sorrylah awak" gadis itu dengan tidak segan duduk bersebelahan pemuda itu tadi.
 "Tak pe awak, saya pun baru je sampai asalkan rindu saya terubat" pemuda itu tadi menangkap mata gadis itu.
 "Aiman, Hanan pun rindukan Aiman" gadis itu meluahkan perasaan.

exchange

Aina melangkah keluar dari rumahnya, kemudian mendapatkan basikalnya di dalam garaj.
"Aina, jangan main-main tau, ulangkaji betul-betul, jangan buat hal pulak dekat rumah Hanan nanti" Nasihat cik Rina kepada anaknya.

 "Baiklah ibu, Aina ingat pesan ibu" Ucap Aina membalas sambil meletakkan begnya kedalam raga basikal.

  Tidak lama kemudian, basikal itu keluar dari perut garaj itu tadi. Aina mengayuh basikalnya ke arah rumah Hanan dengan bersemangat sekali. Dia amat rindukan sahabatnya itu. Apabila dia tiba di taman dia mengayuh basikalnya dengan perlahan kerana dia melihat kelibat orang yang seperti dikenalinya.

"Itu seperti Aiman dan ....... HANAN!!" Aina berhentikan basikalnya dan menyandarkan basikalnya di sebuah pokok. Dia berlari ke arah pasangan itu.

 "Hanan! Aiman!" Jerit Aina melihat Hanan hampir dipeluk Aiman. Aina menarik Hanan, jauhkan dia dari Aiman. 
 "Aina! kenapan ni?" Gertak Hanan sambil membebaskan tangannnya dari genggaman Aina.
"Hanan, apa yang awak buat ni, jom balik" Rayu Aina yang tidak suka melihat Aiman mendekati Hanan.
 "Aina, kau ni kenapa? Kau 'jealous' ke? Atau Kau minat aku juga? ehehe"  Aiman gelakkan Aina sambil menarik tangan Hanan. Aina yang tidak puas hati dengan tindakan Aiman yang sesuka hati memegang tangan Aina itu, menyepak paha Aiman sekuat hatinya.
 "Tolonglah jangan perasan jantan tak guna. Aku buat begini kerana sayangkan Hanan! Bukan kau!"
Aina menarik Hanan ke basikal dan menyuruhnya pulang.

  Aina menghantar Hanan pulang hingga ke dalam biliknya.
"Aina! Apa yang kau buat Aina?!" Hanan menengking sahabatnya, panas hatinya.
 "Hanan aku minta maaf tapi aku cuma nak lindungi kau dari jantan tak guna tu!"
Aina membela diri.
 "Ah! lindungi aku? dari jantan tak guna? Kau tu yang betina tak guna! Dia tu kekasih akulah! "
 "Atau kau sahaja ingin mengganggu kami ! HAh! jawab! betulkan? kau saja je kan?" Hanan tidak puas hati dengan Aina, dia membaling bantal-bantal ke Aina. Aina hanya tunduk tidak dapat menjawab soalan itu tadi, tergugur mutiara jernih di pipinya.
  "Hanan , aku buat macam ni sebab sayangkan kau" Jawab Aina sambil tersedu-sedu, itu sahaja yang mampu dia jawab.
  "Inikah kau katakan sahabat? macammni ke sahabat? Kau tahu tak sahabat ni adalah orang yang memahami sahabatnya! Kau memahami aku ke?"
  "PErgilah Aina Pergi!"

exchange

Ringggggg!!!!!  loceng berbunyi, menandakan waktu rehat. Hanan merehatkan  dirinya di bawah sepohon pokok yang rendang. Dia membuka lipatan sekeping kertas merah jambu.

Awak, Adakah lebih baik kita tidak bersama buat masa sekarang ni? Memandangkan peperiksaan PMR bakal tiba tak lama lagi, mungkin sebab itulah yang Aina tidak sukakannya, lepas habis periksa nanti awak tunggu saya, kay? -Aiman-

Hanan mencampakkan kertas itu dan terdiam melihat langit. Manik-manik jernih meluncur laju di pipinya. Tiba-tiba ada suara menyapa. 
"Hanan, tak makan ke? Nah, air soya kesukaan awak, saya belikan" Ucap Aina sambil hulurkan sekotak air soya. Dia cuba untuk berbaik-baik semula dengan  Hanan. Hanan hanya memandang Aina sekilas, lalu dia menolak pelawaan Aina tadi dengan menepis air kotak itu tadi.
"Maaf, aku tak nak terima apa-apa daripada kau" Ucap Hanan 

exchange
To be continued....
p/s: sorry dah lewat.

Jumaat, 13 Disember 2013

Hanan Sahabatku Part 1


Sinopsis / Pendahuluan  Baca sinopsis dulu :D
HANAN SAHABATKU


Hope Luahkan Perasaan

     Selepas selesai dia menunaikan solat zohor, dia menyegerakan pergerakannya ke asrama, lalu direbahkan dirinya di atas katil, lalu terdetik di dalam hatinya.

'Kelalaian apakah pada hari ini? Aina adakah kau mula cintakan dunia?'

Setitis air jatuh dari mata gadis itu, dia mulai menggerakkan bibirnya untuk bermadah,

Wahai Tuhan sekalian alam,
maafkan aku,
aku tertewas lagi kerana tidak setia pada-MU,
aku dusta lagi, hanya mengaku cinta,
tapi aku masih lagi cintakan dunia lebih dari-MU.

Mutiara kaca di pipinya itu tidak lagi berhenti mengalir, lantas wanita itu bangun mengambil Al-Quran dan terjemahan di dalam almari berkuncinya, Dia memeluk Alquran dan terjemahan itu dengan seserat-eratnya.

'YA Allah, lindungilah hatiku, janganlah kau dahulukan cinta lelaki di dalam hatiku ini Ya Allah, tolonglah aku tidak mahu menjadi orang yang berpaling dari-MU, sesungguhnya KAU sentiasa memberi kabar gembira kepada orang yang mengingati-MU'

Tiba-tiba dia tersenyum sendirian dan bersuara dengan bersemangat.
"Aina bangkit! Bangkit! "

exchange

 Keheningan malam, yang dingin hingga menusuk ke tulang sum-sumnya. Dengan laju Aina menyusun langkahnya ke sekolah sambil tangan kanannya diangkat untuk melihat jam. Lengan bajunya tersengseng tetapi tangannya yang bersarung tangan putih itu ada untuk melindungi tangannya, auratnya.

'Dah pukul sembilan'

 Seorang gadis bertudung labuh krim susu menyapa Aina dari belakang.

"Assalammualaikum , Aina"
Gadis itu tersenyum manja , lantas Aina menyambut huluran tangannya.
"Waalaikummussalam, Lina"
Sambil membalas senyuman manja gadis tadi.
"alaah! comel pulak dia senyum, ngade je lebih"

  Aina hanya tersenyum melihat sahabatnya, dia sudah kenal akan sahabatnya itu. Tika Aina melabuhkan punggunggnya dia atas kerusi, dia tidak memikirkan apa-apa lagi, segera sahaja dia membuka buku kimia yang dipimpinnya sebentar tadi. Mukanya bertukar merah padam apabila melihat nota kecil yang berlipat terselit didalam bukunya, perlahan-lahan dia membacanya.

As-salam ukhti yang comel!! Yang ku sayangi! Ukhti sibuk ke minggu ni? Boleh tak buat usrah hujung minggu ni? Dah dua minggu tak buat usrah. Sarah tahu ukhti sedang sibuk untuk SPM, tapi Sarah rindukan akak Sarah yang comel ni, lagipun Sarah hauskan tarbiah.

Aina tersenyum sendirian sambil menyimpan nota kecil itu didalam failnya.
'Mesti Sarah selitkan nota ini di surau tadi, maafkan akak ye adik-adik'

Aina langsung tidak sedari  bahawa namanya dipanggil berkali-kali oleh Lina dan Aida.
"Aina kau teringat pakwe eah? ekekeke"
usik Lina melihat kawannya mengelamun dan tidak menjawab panggilannya.
Lamunannya tersentak,
  "eh, mana ada!" Aina cepat-cepat mennyatakan kebenaran kerana takut disangka buruk.
   "yelahtu, ehem,ehem!" Aida yang masih lagi mengusik kawannya itu.
Lantas Aina bangun dari kerusinya dan membawa bukunya ke tempat kawan-kawannya.
    "tak baiklah, tuduh-tuduh macammni" Aina melabuhkan punggungnya di kerusi berhampiran rakan-rakannya sambil cubit manja pipi Aida.


Aida tersenyum melihat rakannya yang berlaku manja kepadanya itu.
"korang! saya sayang korang sanga-sangat!"
Lina dan Aida terkejut melihat rakannya yang comel itu.
Sambungnya lagi,
"korang tahu tak, Rasulullah S.A.W selalu meluahkan persaan terhadap sahabat-sahabatnya tau!"


exchange


Hope Persahabatan dalam Islam?

  Usai sahaja  solat sunat Dhuha, Aina bangun mengambil buku notanya. Sambil menunggu adik-adik usrahnya yang sedang melakukan solat sunat Dhuha, dia termenung memandang langit sambil tersenyum sendirian.
 'Tenangnya melihat  langit-MU yang dihiasi dengan awan-awan'
Lamunannya disapa dengan suara seseorang,
  "Allah berada di atas kan?"

 Aina memandangnya dengan sengan senyuman dan pandang kembali ke langit. Rupa-rupanya seorang gadis yang berumur 13 tahun.

"Ya." ucap Aina
"Petutlah aka selalu pandang langit, tenang sekali raut wajah akak ketika pandang langit"
Kata gadis itu.
 "Sarah, yang lain dah siap dah?" Tanya Aina melihat Sarah yang sudah selesai.
 "Dah, mereka dah buat bulatan, jom masuk"
Ajak Sarah sambil menarik tangan Aina masuk ke surau.

Aina melihat seorang demi seorang, adik-adiknya. Usai sahaja dia membuka usrah itu dengan surah Al-Fatihah, dan memuji Rasulullah dia mengambil sebuah buku yang telah menawan hatinya lalu menayangkan kulit buku itu kepada adik-adik usrahnya.
"cuba baca" ucap Aina teruja.
"Re..lasi.. mencari.. saha..bat sejati.."
Aina tersenyum melihat adik usrahnya itu membaca dengan perlahan dan kebudak-budakan.
  "Kita hari ni nak belajar pasal sahabat kan?" Tanya Risha, yang selalu aktif ketika di dalam usrah.
   "Yes, betul tu!" Aina menggenggam tangannya.
   "Akak nak kongsi pasal persahabatan dalam Islam" Kemudian dia sambung lagi..
  "Bagi akak persahabatan sesama umat Islam ni sangat indah"
sambil mengusap belakang Yana, dia bersahaja ingin bermanja dengan gadis itu.
   " Maksud akak?" Tanya Sarah yang agak bersemangat.
    "Selepas akak baca buku ini, barulah akak dapat rasakan persahabatan yang diniatkan kerana Allah itu sangat sweet"
    "Sweet macam lolipop? ekekekek" Khazinatul Asror yang sering membuat jenaka.
Mereka ketawa kecil seketika.
     "Lebih Sweet daripada lolipop, mereka selalu berpesan-pesan mengingati Allah, mereka selalu mengingati tentang janji manis Allah apabila antara mereka merasa lemah"

Kata Aina panjang lebar sambil memandang kalimat ALLAH yang tergantung di tiang surau itu.
   "JAdi Adik-adik, saynglah semua kawan-kawan, parents adik-adik, dan semuanyalah kerana Allah, bawalah mereka ke syurga."
    "Bagi pandangan Hilal Asyraf pula, sahabat ini adalah seorang yang sanggup terjun ke NERAKA untuk selamatkan kamu jika kamu jatuh kedalammnya" Sambungnya lagi, sambil  nama 'HANAN' dibayangannya.
    "Waaa, kuatnya persahabat kerana Allah ni, memang aura dia kuat nak bawak saudaranya ke Syurga"
Kata Sarah.
Aina melihat adik-adiknya yang ligat mencatat sesuatu didalam buku nota yang dihadiahinya. Dia rasa amat bersyukur melihat duit yang dia habiskan untuk belikan buku nota untuk adik-adik usrahnya itu amatlah berguna. 

exchange
sambungg.....
p/s: sori yee korang dah lewat malam, mesti korang rasa tak best baca sikit sangat. Thanks baca. Btw best ke cerpen yang saya buat ni?
   

Selasa, 10 Disember 2013

Happy Birthday to me!

Assalammualaikum
KEEP CALM I'M THE BIRTHDAY GIRL - KEEP CALM AND CARRY ON Image Generator - brought to you by the Ministry of Information

Iam the birthday girl!! ops!
Bukan hari ini, semalam laa, 9 December.

Kiranya dah belated birthday laa, but I don't know as yesterday as my birthday, I always feel alone. Tak tahu kenpa, penuh dengan rasa kecewa, bukan sebab tak sambut birthday or tak dapat hadiah  tapi sebab 2 bulan cuti tapi takde siapa daripada adik beradik aku balik, soooooo Saddddd aku ingatkan cuti dua bulan nilah aku boleh happy-happy dengan diorang. Woahh! Sangat sibuk dengan hal diorang sendiri lah katakan, yang periksa ker apa tu takpelah tapi yang lain-lain ni, boleh balik --" tapi taknak balik.

But for my birthday, rasa happy laah sebab ramai orang wish kat kita, terutama kat fb lah kan, seriezly rasa disayangi HOHO.  Ramai sangat. Kat Facebook, Twitter, Insta, What's app lagilaaah :3


Hahaha. Thanks korang semuaaa, btw sorry post entri lamabt dah korang kena wish belated birthday pulak, semalam Wi-Fi tak betulm so takde tenet, sekejap jer ada, lepas tu trouble HUHU


Assalammualaikum, K. Bai :D

Jumaat, 6 Disember 2013

What make me alone

Assalammualaikum. 
alone-sad-girl_imageclub.tk_-330x330.jpg (330×330)

    Iam a very lonely girl in this life, no cheer of life no friends to make me happy, no my lovely siblings to enjoy with me. This holiday make me feel alone. But I put my trust to Allah that HE is always beside me.  Futhermore, that I had parents to take care of me. Yes! Ishould be grateful for what I have now. But I just wish that someone cheer my holiday, sorry guys, I just want to say that I want do what I want. 

And I want to say that Iam very feel lonely, just complain on my article, and hope you all understand me.
Forever alone. 




But Iam here, try to think possitive! "Iam not alone" and with this, i try to make the whole world love with my writting in this blog. Serious talk! im not to be a famous or glamour but sometimes I think about it! HAHA LOL! nope! nope! enough! Im not think about it! just a joke! But no one can love me like their bff with read my blog, yes they not know me like their BFF. I think and I think and I think, what makes me feel lonely, like nobody else with me.

 I can't do what I want to do with who that I want *bowling, wayang or whateva*

 Everyday I open my eyes, everyday I through the same thing.

 I always feel pressure from others people. *I hate It * 

But... 

     When I think, maybe they are not the factors, maybe the true factors is about between my relationship with Allah. Maybe, I had ignore HIM in my life, and HE makes me feel lonely to make me back to HIM.

Astaughfirullah. Forgive me. Allah . 

Mungkin inilah sebenarnya surat cinta daripadaNYA. Allah
Mungkin beginilah manusia, tidak berhenti mencari hiburan, dan menyebabkan mereka melupakanNYA.

Kadangkala kita terlupa akan syurga yang kita idamkan. Kerana kita tidak jemu bersuka ria dengan dunia. Tapi hati kita lain bilamana kita memandang dunia ini dengan kebesaran Allah. Dan kita dapat rasa keindahan kebenaran. Ainul yakin. Contoh, pandang langit dan pandang bandar yang sedang sibuk. Kita dapat bandingkan yang mana mempunyai ketenangan. 

"Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersuka ria di bumi tanpa mengendahkan kebenaran dan kerana kamu bersuka ria dlm kemaksiatan"  surah ghafir : 75 

Kadangkala, hati kita akan terasa sedih dan kosong. Dan ketika itu memang kita terasa ingin isinya sesuatu. Ada yang isinya dengan cinta Tuhan. Ada yang isikannya dengan dunia. Walau tersalah langkah dalam hidup ini, Dia setiap hari setia untuk ketuk pintu hati ini dan berikan surat cintaNya. Ada yang membuka pintu hati mereka, dan ada yang ibarat pekak, abaikan ketukan itu. Tapi Dia Maha penyayang. Dia Maha Penyantun trhadap hambaNya, Dia masih setia. Apabila kita menyedari akan kesalahan kita, janganlah kita berputus asa, tapi bahagiakanlah hatimu dgn bersangka baik pdaNya. "Terima kasih, kerana kamu sedar akan kekecewaan yg kamu lemparkan kpadaNya, itulah maksudnya di hujung hati kamu tu, masi lagi ada rasa cinta pada Allah, dan percayalah, Allah lagi sayang pada awak lebih dari itu, pilihlah apa yg mulia disisiNya, berbanding apa yg awak inginkan"


Assalammualaikum. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...