The Lady Entries Story

Jumaat, 3 Mei 2013

dua bisikan pilihan hati


Assalammualaikum..

contengan ku hari ini.. bermula dengan kebingungan hati..
memikirkan kelemahan diriku,..

aku sudah terpedaya,

        dengan keindahan yg fana ini,.. ia menutupi keindahan yang lebih kekal, mengapakah, aku tewas atas pilihan ini, tertewas atas bisikan di hati ini, padahal ku telah dibisikkan sesuatu yang baik tetapi aku tertews dengan bisikan yang rakus ini dari bisikan ketenangan ini...

dua bisikan ini pilihan hati,.. 

aku terpilih bisikan yang lebih kepada yang fana daripada apa yang ada disisi-NYA

           dua bisikan ini sentiasa berbisik di hati kita, ada yang mengajak kepada kebaikan dan keburukan, sesiapa yang dapat mendengar bisikan kebaikan, percepatlah dia bersyukur kerana dapat mendengar apa yang dibisikkan oleh malaikat yang sentiasa seru kepada kebaikan olehNYA..

malah bisikan yang rakus itu dari musuh musuh cucu cicit Nabi Adam..

Ya Allah lindungilah kami dari bisikan-bisikan ini, tabahkan hati kami dari mendengarnya, kerana bisikan2 ini hanya membawa kami untuk lebih cintai dunia

Ya Allah tolonglah kami untuk melawan rayuan nafsu-nafsu kami, sungguh kami selalu terpedaya denganya dan ia selalu cuba untuk menarik kami ke neraka.. Ya Allah jadikanlah kami orang yang berjaya memerangi musuh dan memenangi kemenangan agung, sungguh Ya Allah impian kami hanya ingin melihat wajahMU sambil Kau katakan kepada kami "engkaulah orang2 yang mulia di sisiKU, dan kau orang yang sentiasa mengingatiKU dan Aku mengingatimu, sungguh kau telah memenangi Mahabbah Agung ini"

Ya Allah kuatkan lah semangat kami.. dan jangan sesekali biarkan kami terpesong atau berputus asa dengan rahmatMU, lindungilah kami Ya Allah.. pernah kami terdengar satu kisah, 2 orang mukmin berlari-lari untuk menyelamatkan iman mereka dan belakang mereka ada seekor anjing yang ikut, Ya Allah biarlah kami digelar anjing sekali pun asalkan kami tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaubat Ya Allah


sungguh Ya Allah kami telah sedar akan kebinasaan dunia ini kalau kami berfoya-foya dengannya, moga kami tidak menjadi orang yang dustai akhirat (lupa akhirat)

Said a-Khudri ra berkata:Telah bersabda Rasulullah SAW,
"yang paling aku bimbang  atas engkau adalah berkah bumi yang dilimpahkan Allah untuk engkau." Ditanyakan, "apakah berkah bumi itu? Baginda menjawab, "gemerlapan dunia"

juga Rasulullah SAW bersabda:
"jangan engkau sibukkan hatimu mengingat dunia!"

Abu Darda' berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
"kalau kau tahu apa yang kutahu, tentu kau akan sedikit tertawa dan banyak menangis, tentu kau meremehkan dunia dan mementingkan akhirat"


Telah berkata pula Nabi Isa as, 
"Wahai pemburu dunia ! jika kau tinggalkan dunia itu lebih baik"

Rasulullah bersabda:
"sepeninggalanku, sunggu akan datang dunia memakan imanmu bagai api membakar kayu"


Allah SWT memberikan wahyu kepada Nabi Musa as,
"hai Musa, janganlah kau terpaut oleh dunia, maka kau tidak akan datang pada-NYA dengan kebesaran"


     wahai pembaca pembaca sekalian, jikalau kau dapat nikmat dari Allah, bersyukurlah dan bawalah harta itu untuk Akhirat bukan dunia kerna kau aka memaksiatkan nikmat itu, sungguh segala hidup dan mati hanya untukNYA.. segala pengorbanan ini bakal dibalas lebih banyak lagi olehNYA, ingatlah janji manisNYA ini Dia tidak pernah mungkir janji ...

      Tidakkah kalian sedar akan Pemurahnya DIA, ketika kita lalai akan dunia, tidak tulus akan cintaNYA, lupaNYA tetapi Dia masih menunggu hambaNYA akan memehon pertolonganNYA...

    Dia yang paling setia >-<
wahai sahabatku sekalian anggaplah dunia ini sebagai penjara iaitu yang selalu pisahkan kamu dengan Mahabbah Agung ini, oleh itu bencilah ia, tetapi kamu tidak pernah putus asa untuk sentiasa menolak rayuan dunia yang rakus itu, kamu tetap kedepan dengan mengejar kemanisan Syurga...

itulah bisikan buruk yang selalu ingin pisah kan kita dengan kemanisan akhirat iaitu rayuan Syaitan, Nafsu, dan Kegermelapan Dunia.. 


          pernah saudari terbaca satu kisah.. tentang
zaman dahulu, semasa dunia telah banyak hiburanya terutama yang dibuat oleh orang kafir iaitu Rom ketika itu, mereka telah sebarkan banyak pengaruh di dunia, Perempuan, muzik, dan sebagainya

tetapi pada suatu hari sekumpulan kecil menyebarkan pengaruh yang lebih besar dari mereka, iaitu mereka yang jadikan Al-Quran sebagai hidup mereka, apa yang diperkatakan didalam Al-Quran telah mereka buatnya ibarat mereka adalah Quran itu, jadi ramai lebih terpengaruh dengan mereka...

      kemudian Raja Rom tidak puas hati dan suruh penyiasat siasat mereka,
kemudian penyiasat itu berkata kepada raja itu
"aku dah siasat, mereka adalah orang yang sentiasa abdikan diri kepada tuhan mereka"

raja itu berkata:
"jikalau begitu  bunuh mereka"

penyiasat berkata:
"tidak boleh tuhan mereka bersama mereka"

raja berkata:
"bagaimana ingin hapuskan mereka?"

lalu dibalas
"pisahkan mereka dengan tuhan mereka, iaitu lupakan mereka dengan tuhan mereka"

lalu dihantar beberapa perempuan kepda sekumpulan kecil itu, malah tidak berjaya, kerana Al-Quran telah mengajar mereka untuk melawan rayuan nafsu, syaitan dan dunia...

sahbatku sekalian, tidakkah kita sedari? itulah penjajahan dunia kini, bukan melalui fizikal tetapi melalui akal... Zuhudkan lah dunia dan sayangi akhirat

sekian contengan hari ini, Asalammualaikum... hadis dan wahyu diatas adalah dari sumber rujukan tersebut:

penenang jiwa yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali
tangisan umat yang ditulis seorang mualaf

2 ulasan:

  1. :'( Alhamdulillah Allah bg peluang bc entry ni.. Tq dik. Moga iman kte terpelihara. Aamiin...

    BalasPadam

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...