The Lady Entries Story

Selasa, 4 Jun 2013

Ku merindui pimpinanMU



Assalammualaikum

  sudah sekian lama ku menjauhiNYA... tiba-tiba,
aku tersentap pabila mendengar panahan kilat yang agak kuat. Oleh itu aku kembali sedar tentang ketakutan aku terhadapNYA. Hati ku mengeluarkan sebaris ayat menyedarkan diri, 

'aku lalai lagi?'

 Ibarat baru sebentar tadi langsung tidak sedar apa-apa.

     Seringkali ku berfikir untuk menyedarkan diri dengan kata-kata hati yang bermotivasi. Sekali lagi pertanyaan itu timbul untuk mula mengutuk diri.

'kenapa aku tak dapat lawan bisikan kejahatan itu dan kenapa aku ikut? '

Sering juga aku memandang kalimah "ALLAH" yang tergantung didinding rumahku.

 'kenapa aku macam ni? mana diri aku yang setia berkorban untukMU? kenapa aku sombong sekarang? aku dah tersungkur atas segala perhiasan dunia sampai aku jadi seteruk ini.. teruk dihadapanMU,Rasulullah,ibu dan bapaku dan orang sekelilingku.'

Hati ini masih lagi berkata-kata, kaki menyusun langkah terus kehadapan sebuah 'monitor' dan menaip.


'dimana pengorbananku untuk buktikan cintaku teradapMU bukan palsu. Jarang sekali kumerasakan kemanisan iman kini..Hatiku busuk!! dimana diriku yang dulu.. yang tidak malas,segera atas suruhan kebaikan! kurindu untuk mendengar segala bisikan kegembiraan terhadapku atas setiap pengorbanan ku, tapi kini aku sombong untuk berkorban.'

'Aku selalu tidur diwaktu pagi kerana malas dan tidur pada waktu malam dalam keadaan hina. Aku malu~ inikah kukatakan cintaku padaMU? maafkan daku..'

'pastinya aku hina kerana dustakan cintaMU... aku menzalimi diriku, aku sendiri yang jauhkan diri, aku sendiri yang lari dariMU.. aku hipokrit!!'

'Ya Allah, KAU yang mendengar suara hatiku, ku merindui pimpinanMU, Ya Allah KAU yang melihat keangkuhanku, sudah banyak kali kau perihatkan kejayaan AGUNG itu dimataku, tetapi aku berpaling!'

Disaat jari berasa nikmat menaip kata-kata hati ini, telinga masih mendengar, suara      lemah lembut yang keluar seseorang dikaca tv yang bersaluran astro Oasis 'indahnya iman'

Ku tak berapa ingat ayatnya tetapi ku faham maksudanya

"dimaafkan seseorang itu walaupun dia pernah lari dari peperangan"

Aku tersentap, jariku kaku seketika untuk menaip, bibirku seperti ingin menjerit nama 'ALLAh' sekuat-kuatnya, hatiku pula riang berkata-kata

'inilah kabar gembira dari Allah'

Tidak dapatku menahan air mataku, Terus ku imbas zaman silamku ketika mabuk dengan perjuangan ini iaitu diriku yang ku rindukan. Kabar gembira dari Allah yang sangat-sangat kukenangkan iaitu nikmat yang diberikan untuk aku melihatnya, aku tahu iaitu untuk menunjukkan kasih sayangNYA kepada hambaNYA iaitu awan yang berbentuk hati, tiga kali kumelihatnya, aku rindu disaat itu dan ketika itu aku amat rasa dipimpinNYA, dijagaNYA dengan sangat rapi dan kemas terutama
                
                                                     INDAH..
                                     ku rindukan pimpinanMU.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...