The Lady Entries Story

Sabtu, 27 April 2013

Tears of warriors



Assalammualaikum..

   Hari ini aku becerita lagi kisah hidupan ini, dan yang inginku kiaskan bertajuk menangis kerana syurgaNya...

menangis? jikalau kita melihat seseorang menangis, kebanyakan orang akan ajukan ayat ini ketika sahabatnya menangis

"dah lah jangan menangis, jangan sedih... "

menangis dianggap lemah dimata orang ramai,.. tapi tidak semua air mata perlu dianggap lemah, tetapi tidak sedarkah kita ada air mata yang mengalir tetapi dianggap mulia disisiNYA? ada juga yang dianggap hina oleh NYA

 tapi bagaimana air mata yang selalu kita alirkan ini? hina atau mulia?

persoalan ini pasti terjawab,..
menangis kerana dunia seperti harta, cinta , keturunan dan sebagainya itulah tangisan hina..

tetapi..

menangis kerna takut, rindu, nyesal , malu terhadapNYA itulah tangisan yang tidak layak dianggap lemah, malah mulia disisi tuhaNYA..

    ramaikah mereka seperti ini? dimulia disisi  ALLAH...


 menangislah kernaNYA, jikalau tidak boleh buat-buatlah menangis pada mulanya..
#take a note

tetapi ramai yang menganggap tangisan sebagai kesengsaraan, malah tersalah anggap gelak itu kebahagiaan, tidakkah kalian mengetahui? gelak itu lalai?

Apa beza indah di dunia dan di akhirat?

kerna dunia: gelak 
kerna akhirat: menangis 

sesungguhnya rasulullah pernah berkhutbah:
"jikalau kalian memahami apa yang ku rasa pasti kalian tergolong dlm golongan orang yang tertawa sedikit dan menangis banyak"

       tidakkah kalian tahu bahawa rasulullah pun tidak gelak dalam hidupnya, yang paling mesra hanya hingga senyuman yang menampakkan giginya..

8 hukuman untuk mereka gelak kerna dunia berterusan(!)

1. mati hatinya, 2. hilang air muka , 3.d'gemari syaitan , 4. d'murkai Allah, 5. d'soal di kiamat, 6. d'kutuk oleh para malaikat, 7. lupa segalanya, 8. terbuka aibnya pada hari kiamat


oleh itu berhati-hatilah jika anada terlena dibuai dunia, jangan lah terlena berterusan, sungguh termasuk lah kita orang-orang yang rugi..

manakala air mata umat kerana takutkan Allah dapat memadamkan api..

pernah terbaca oleh saudari kisah ini,
di hari akhirat nanti, akan ada api setinggi gunung ingin makan umat nabi Muhammad, 
kemudian Jibril As memberi air kepada nabi Muhammad dan berkata 
"simbahlah kepada api itu"

kemudian Nabi Muhammad simbah, kemudia api itu terpada seketika, lalu baginda bertanya:
"air apakah ini"

lalu Jibril As berkata:
"inilah air mata umatmu kerana takutkan Allah, aku hanya diutuskan untuk memberi air ini kepadamu dan suruh simbahkan ia kepada api"

sekian sahajalah conteng-conteng saya pada hari ini.. Assalammualaikum..
           jangan biarkan diri anda terlena oleh dunia berterusan >.<

Rabu, 27 Mac 2013

mujahadah (?)


Rusydee Arts'

Assalammualaikum..

          Ini kisah cinta aku dan Dia.. \(^-^)/  hehehe.. bila keindahan cintaNya terus membuat ku rasa bahagia, oleh itu pengorbananlah buktinya untuk aku balas cinta Ter-Agung itu. Manakala sifat khasyatillah (takutkan Allah) membuat aku sanggup ikut perintahNya pabila ingatkan azab-azab akan datang.

bermujahadah bermaksud berusaha mengawal diri atau berjuang <3 #take a note

       wahai umat sekalian, pabila seseorang itu telah tampak olehnya keindahan mengabdikan Allah, dia pasti akan berkorban (mujahadah) mentaati perintah tuhannya, sanggup mengumpul ilmu tetangNya ingin mengejar janji-janji manis tuhanya. Sanggup meninggalkan segala yang fana (tidak kekal) walaupun sebenarnya dia amat inginkannya jikalau mengikut hatinya. Disebabkan adanya sifat khasyatillah, dia tahu..

"tidak mengapa aku utamakan mujahadah aku dulu, ia lebih baik aku berjuang memasuki syurgaNya,dan apa yang aku ingin berlipat kali ganda disana :D"


Memang indah mengikuti diri apa yang ingin dilakukan, tapi ia boleh menutupi keindahan sebenar pabila bersama ALLAH #take note


     surah at-taubah, ayat 38..
wahai orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "berangkatlah untuk perang di jalan ALLAH," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat? apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit.

   manakala apabila seorang manusia itu sombong ~

surah at-taubah, ayat 39...
jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscayaALLAH akan menghukumkamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikaNya pun.Dan ALLAH maha kuasa atas segala sesuatu.

  Dia juga tenang menghadapi,dugaan yang diberikan kerana dia anggapnya surat cinta dari tuhanya:

sebenarnya setiap ujian adalah satu kasih sayang ILLAHI kepada hambanya, supaya dapat mencapai sesuatu darjat itu.. 

dan dalam sebuah hadis al-qudsi,
Allah ada berfirman kpd malaikat jibril:pergilah kepada hambaKu dan timpakanlah pelbagai ujian kerana Aku ingin mendengar rintihannya 


       Oleh itu dia merendah diri dari mengejar kemudahan didunia ini yang terlampau agar tidak lalai..


        oleh itu kamu jangan berhenti bermujahadah untuk cintaNya, walau kamu telah gagal walau beribu kali, kamu perlu bangkit lagi(!) bermujahadah lah~ terutama dalam lawan nafsu dan fitnah syaitan.

#hey you!! la tahzan!! put your trust in ALLAH, THE Sweetest love(!)

Assalammualaikum, dan terima kasih kepada Rusydee Artz atas sumbangan gambar berdakwah nya :D

Selasa, 26 Mac 2013

Demi masa

Assalammualaikum..

jauh ku merenung, berfikir akan tajuk yang ingin ku ungkapkan..
apa lagi yang dapat ku ceritakan,.. akal ku bingung.. tidak mampu bersuara..
sejak lama tidak ku kongsikan di belog ini,.. 
kini ku kaku.. aku bagai membazir masa..

oleh itu aku tahu.. apa yang ingin ku ceritakan..
MASA~

tik! tok! tik! tok!

       Bunyi jarum saat menggerakkandirinya tanpa henti selagi sel bateri ada,dia bertugas untuk memberitahu sedunia tentang masa,tetapi tiada lagi yang pedulikannya,.. Semua manusia seenaknya melakukan perkara yang disukai di dunia ini, tanpa memikirkan berapa saat telah mereka bazirkan.. akan mereka tidak jangkakan suatu hari nanti...  terkejut melihat diri mereka tidak lagi ada masa didunia untuk mereka, malah mereka tidak layak lagi untuk dunia.

     Pasti terkejut lagi bagi mereka yang selama ini, pernah mendengar, melihat tentang khabar-khabar tentang Neraka... 

"apa yang aku telah lakukan untuk persediaan ini?"

barulah mereka sesali dan sedar bahawa masa memang telah memotong mereka...

Surah Al-Asr
1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

             Tidak terduga mereka... mereka didalam kerugian, selama ini mereka telah mendengar ajakan kebenaran(yang baik) untuk mereka yang mereka sendiri tahu akan dapat manfaatnya, tetapi mereka

"tidak mengapa, lain kali sahaja aku lakukannya"

         Mereka sombong untuk berjuang mengumpul bekalan.. adakah perkara lain mereka utamakan dari perkara yang mereka tahu lebih besar manfaatnya? ~

Kecuali mereka yang mengetahui harga masa yang tidak ternilainya.. mereka memenuhi segala masa merekan dengan perkara yang penuh bermanfaat..



Bayangkan anda sedang kehausan, dan anda ternampak sebuah tasik yang indah, tetapi malang sekali anda berada di puncak tembok batu-bata yang amat tinggi.. kemudian anda mencampakkan batu-batu itu satu demi satu ke arah tasik itu, kemudian, air tasik yang mercik itu terkena anda, dan anda semakin laju meruntuhkan tembok itu, lepas itu, laut bertanya... :WOI MANUSIA!! KENAPA KAU CAMPAK BATU ITU!!" lepas itu anda menjawab.. "kalau aku campak batu itu, aku akan dapat merasai merciknya, dan tembok ini akan semakin rendah dan semakin dekat aku dengan laut"

p/s: orang yang merindui Allah dengan merobohkan batu bata hawa nafsunya, satu demi satu. Semakin sering merobohkan hawa nafsunya, semakin akan tampak olehnya keindahan Allah dan semakin mendalam kerinduannya kepada Allah . oleh itu semakin dekat dia di sisi-NYA~ ♥ ♥ ♥ 



pernah tak terfikir... "camne rase indah cinta ALLAH ni?"

nak tahu camne indahnya? cuba lah dulu buat sesuatu untukNYA..
dan kumpullaah ilmu untukNYA juga^_^


wahai umat islam sekalian.. marilah kita kuatkan semangat bermujahadah (berusaha mengawal diri untuk berjuang) menjadi seorang dae' (pendakwah) kuat kan semangat khasyatillah (takutkan ALLAH) ingatlah azab - azabnya.. kembalilah bersahabat besama-sama sentiasa meneguri dan memimpin diantara kita...ajaklah beristiqomah (konsisten) bersama-sama.. ingatkan mereka janji-janji manis ALLAH untuk kita apabila serik bermujahadah untukNYA... keperitan didunia berjuang kebenaran akan bertukar manis diakhirat :'(

ingatkan daku, setiap dugaan diberikan .. DIA sentiasa berfirman dengan penuh kasih syang.. berjuang itu memang pahit kerana syurga itu manis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...