The Lady Entries Story

Jumaat, 13 Disember 2013

Hanan Sahabatku Part 1


Sinopsis / Pendahuluan  Baca sinopsis dulu :D
HANAN SAHABATKU


Hope Luahkan Perasaan

     Selepas selesai dia menunaikan solat zohor, dia menyegerakan pergerakannya ke asrama, lalu direbahkan dirinya di atas katil, lalu terdetik di dalam hatinya.

'Kelalaian apakah pada hari ini? Aina adakah kau mula cintakan dunia?'

Setitis air jatuh dari mata gadis itu, dia mulai menggerakkan bibirnya untuk bermadah,

Wahai Tuhan sekalian alam,
maafkan aku,
aku tertewas lagi kerana tidak setia pada-MU,
aku dusta lagi, hanya mengaku cinta,
tapi aku masih lagi cintakan dunia lebih dari-MU.

Mutiara kaca di pipinya itu tidak lagi berhenti mengalir, lantas wanita itu bangun mengambil Al-Quran dan terjemahan di dalam almari berkuncinya, Dia memeluk Alquran dan terjemahan itu dengan seserat-eratnya.

'YA Allah, lindungilah hatiku, janganlah kau dahulukan cinta lelaki di dalam hatiku ini Ya Allah, tolonglah aku tidak mahu menjadi orang yang berpaling dari-MU, sesungguhnya KAU sentiasa memberi kabar gembira kepada orang yang mengingati-MU'

Tiba-tiba dia tersenyum sendirian dan bersuara dengan bersemangat.
"Aina bangkit! Bangkit! "

exchange

 Keheningan malam, yang dingin hingga menusuk ke tulang sum-sumnya. Dengan laju Aina menyusun langkahnya ke sekolah sambil tangan kanannya diangkat untuk melihat jam. Lengan bajunya tersengseng tetapi tangannya yang bersarung tangan putih itu ada untuk melindungi tangannya, auratnya.

'Dah pukul sembilan'

 Seorang gadis bertudung labuh krim susu menyapa Aina dari belakang.

"Assalammualaikum , Aina"
Gadis itu tersenyum manja , lantas Aina menyambut huluran tangannya.
"Waalaikummussalam, Lina"
Sambil membalas senyuman manja gadis tadi.
"alaah! comel pulak dia senyum, ngade je lebih"

  Aina hanya tersenyum melihat sahabatnya, dia sudah kenal akan sahabatnya itu. Tika Aina melabuhkan punggunggnya dia atas kerusi, dia tidak memikirkan apa-apa lagi, segera sahaja dia membuka buku kimia yang dipimpinnya sebentar tadi. Mukanya bertukar merah padam apabila melihat nota kecil yang berlipat terselit didalam bukunya, perlahan-lahan dia membacanya.

As-salam ukhti yang comel!! Yang ku sayangi! Ukhti sibuk ke minggu ni? Boleh tak buat usrah hujung minggu ni? Dah dua minggu tak buat usrah. Sarah tahu ukhti sedang sibuk untuk SPM, tapi Sarah rindukan akak Sarah yang comel ni, lagipun Sarah hauskan tarbiah.

Aina tersenyum sendirian sambil menyimpan nota kecil itu didalam failnya.
'Mesti Sarah selitkan nota ini di surau tadi, maafkan akak ye adik-adik'

Aina langsung tidak sedari  bahawa namanya dipanggil berkali-kali oleh Lina dan Aida.
"Aina kau teringat pakwe eah? ekekeke"
usik Lina melihat kawannya mengelamun dan tidak menjawab panggilannya.
Lamunannya tersentak,
  "eh, mana ada!" Aina cepat-cepat mennyatakan kebenaran kerana takut disangka buruk.
   "yelahtu, ehem,ehem!" Aida yang masih lagi mengusik kawannya itu.
Lantas Aina bangun dari kerusinya dan membawa bukunya ke tempat kawan-kawannya.
    "tak baiklah, tuduh-tuduh macammni" Aina melabuhkan punggungnya di kerusi berhampiran rakan-rakannya sambil cubit manja pipi Aida.


Aida tersenyum melihat rakannya yang berlaku manja kepadanya itu.
"korang! saya sayang korang sanga-sangat!"
Lina dan Aida terkejut melihat rakannya yang comel itu.
Sambungnya lagi,
"korang tahu tak, Rasulullah S.A.W selalu meluahkan persaan terhadap sahabat-sahabatnya tau!"


exchange


Hope Persahabatan dalam Islam?

  Usai sahaja  solat sunat Dhuha, Aina bangun mengambil buku notanya. Sambil menunggu adik-adik usrahnya yang sedang melakukan solat sunat Dhuha, dia termenung memandang langit sambil tersenyum sendirian.
 'Tenangnya melihat  langit-MU yang dihiasi dengan awan-awan'
Lamunannya disapa dengan suara seseorang,
  "Allah berada di atas kan?"

 Aina memandangnya dengan sengan senyuman dan pandang kembali ke langit. Rupa-rupanya seorang gadis yang berumur 13 tahun.

"Ya." ucap Aina
"Petutlah aka selalu pandang langit, tenang sekali raut wajah akak ketika pandang langit"
Kata gadis itu.
 "Sarah, yang lain dah siap dah?" Tanya Aina melihat Sarah yang sudah selesai.
 "Dah, mereka dah buat bulatan, jom masuk"
Ajak Sarah sambil menarik tangan Aina masuk ke surau.

Aina melihat seorang demi seorang, adik-adiknya. Usai sahaja dia membuka usrah itu dengan surah Al-Fatihah, dan memuji Rasulullah dia mengambil sebuah buku yang telah menawan hatinya lalu menayangkan kulit buku itu kepada adik-adik usrahnya.
"cuba baca" ucap Aina teruja.
"Re..lasi.. mencari.. saha..bat sejati.."
Aina tersenyum melihat adik usrahnya itu membaca dengan perlahan dan kebudak-budakan.
  "Kita hari ni nak belajar pasal sahabat kan?" Tanya Risha, yang selalu aktif ketika di dalam usrah.
   "Yes, betul tu!" Aina menggenggam tangannya.
   "Akak nak kongsi pasal persahabatan dalam Islam" Kemudian dia sambung lagi..
  "Bagi akak persahabatan sesama umat Islam ni sangat indah"
sambil mengusap belakang Yana, dia bersahaja ingin bermanja dengan gadis itu.
   " Maksud akak?" Tanya Sarah yang agak bersemangat.
    "Selepas akak baca buku ini, barulah akak dapat rasakan persahabatan yang diniatkan kerana Allah itu sangat sweet"
    "Sweet macam lolipop? ekekekek" Khazinatul Asror yang sering membuat jenaka.
Mereka ketawa kecil seketika.
     "Lebih Sweet daripada lolipop, mereka selalu berpesan-pesan mengingati Allah, mereka selalu mengingati tentang janji manis Allah apabila antara mereka merasa lemah"

Kata Aina panjang lebar sambil memandang kalimat ALLAH yang tergantung di tiang surau itu.
   "JAdi Adik-adik, saynglah semua kawan-kawan, parents adik-adik, dan semuanyalah kerana Allah, bawalah mereka ke syurga."
    "Bagi pandangan Hilal Asyraf pula, sahabat ini adalah seorang yang sanggup terjun ke NERAKA untuk selamatkan kamu jika kamu jatuh kedalammnya" Sambungnya lagi, sambil  nama 'HANAN' dibayangannya.
    "Waaa, kuatnya persahabat kerana Allah ni, memang aura dia kuat nak bawak saudaranya ke Syurga"
Kata Sarah.
Aina melihat adik-adiknya yang ligat mencatat sesuatu didalam buku nota yang dihadiahinya. Dia rasa amat bersyukur melihat duit yang dia habiskan untuk belikan buku nota untuk adik-adik usrahnya itu amatlah berguna. 

exchange
sambungg.....
p/s: sori yee korang dah lewat malam, mesti korang rasa tak best baca sikit sangat. Thanks baca. Btw best ke cerpen yang saya buat ni?
   

Selasa, 10 Disember 2013

Happy Birthday to me!

Assalammualaikum
KEEP CALM I'M THE BIRTHDAY GIRL - KEEP CALM AND CARRY ON Image Generator - brought to you by the Ministry of Information

Iam the birthday girl!! ops!
Bukan hari ini, semalam laa, 9 December.

Kiranya dah belated birthday laa, but I don't know as yesterday as my birthday, I always feel alone. Tak tahu kenpa, penuh dengan rasa kecewa, bukan sebab tak sambut birthday or tak dapat hadiah  tapi sebab 2 bulan cuti tapi takde siapa daripada adik beradik aku balik, soooooo Saddddd aku ingatkan cuti dua bulan nilah aku boleh happy-happy dengan diorang. Woahh! Sangat sibuk dengan hal diorang sendiri lah katakan, yang periksa ker apa tu takpelah tapi yang lain-lain ni, boleh balik --" tapi taknak balik.

But for my birthday, rasa happy laah sebab ramai orang wish kat kita, terutama kat fb lah kan, seriezly rasa disayangi HOHO.  Ramai sangat. Kat Facebook, Twitter, Insta, What's app lagilaaah :3


Hahaha. Thanks korang semuaaa, btw sorry post entri lamabt dah korang kena wish belated birthday pulak, semalam Wi-Fi tak betulm so takde tenet, sekejap jer ada, lepas tu trouble HUHU


Assalammualaikum, K. Bai :D

Jumaat, 6 Disember 2013

What make me alone

Assalammualaikum. 
alone-sad-girl_imageclub.tk_-330x330.jpg (330×330)

    Iam a very lonely girl in this life, no cheer of life no friends to make me happy, no my lovely siblings to enjoy with me. This holiday make me feel alone. But I put my trust to Allah that HE is always beside me.  Futhermore, that I had parents to take care of me. Yes! Ishould be grateful for what I have now. But I just wish that someone cheer my holiday, sorry guys, I just want to say that I want do what I want. 

And I want to say that Iam very feel lonely, just complain on my article, and hope you all understand me.
Forever alone. 




But Iam here, try to think possitive! "Iam not alone" and with this, i try to make the whole world love with my writting in this blog. Serious talk! im not to be a famous or glamour but sometimes I think about it! HAHA LOL! nope! nope! enough! Im not think about it! just a joke! But no one can love me like their bff with read my blog, yes they not know me like their BFF. I think and I think and I think, what makes me feel lonely, like nobody else with me.

 I can't do what I want to do with who that I want *bowling, wayang or whateva*

 Everyday I open my eyes, everyday I through the same thing.

 I always feel pressure from others people. *I hate It * 

But... 

     When I think, maybe they are not the factors, maybe the true factors is about between my relationship with Allah. Maybe, I had ignore HIM in my life, and HE makes me feel lonely to make me back to HIM.

Astaughfirullah. Forgive me. Allah . 

Mungkin inilah sebenarnya surat cinta daripadaNYA. Allah
Mungkin beginilah manusia, tidak berhenti mencari hiburan, dan menyebabkan mereka melupakanNYA.

Kadangkala kita terlupa akan syurga yang kita idamkan. Kerana kita tidak jemu bersuka ria dengan dunia. Tapi hati kita lain bilamana kita memandang dunia ini dengan kebesaran Allah. Dan kita dapat rasa keindahan kebenaran. Ainul yakin. Contoh, pandang langit dan pandang bandar yang sedang sibuk. Kita dapat bandingkan yang mana mempunyai ketenangan. 

"Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersuka ria di bumi tanpa mengendahkan kebenaran dan kerana kamu bersuka ria dlm kemaksiatan"  surah ghafir : 75 

Kadangkala, hati kita akan terasa sedih dan kosong. Dan ketika itu memang kita terasa ingin isinya sesuatu. Ada yang isinya dengan cinta Tuhan. Ada yang isikannya dengan dunia. Walau tersalah langkah dalam hidup ini, Dia setiap hari setia untuk ketuk pintu hati ini dan berikan surat cintaNya. Ada yang membuka pintu hati mereka, dan ada yang ibarat pekak, abaikan ketukan itu. Tapi Dia Maha penyayang. Dia Maha Penyantun trhadap hambaNya, Dia masih setia. Apabila kita menyedari akan kesalahan kita, janganlah kita berputus asa, tapi bahagiakanlah hatimu dgn bersangka baik pdaNya. "Terima kasih, kerana kamu sedar akan kekecewaan yg kamu lemparkan kpadaNya, itulah maksudnya di hujung hati kamu tu, masi lagi ada rasa cinta pada Allah, dan percayalah, Allah lagi sayang pada awak lebih dari itu, pilihlah apa yg mulia disisiNya, berbanding apa yg awak inginkan"


Assalammualaikum. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...