Sinopsis / Pendahuluan Baca sinopsis dulu :D
Luahkan Perasaan
Selepas selesai dia menunaikan solat zohor, dia menyegerakan pergerakannya ke asrama, lalu direbahkan dirinya di atas katil, lalu terdetik di dalam hatinya.
'Kelalaian apakah pada hari ini? Aina adakah kau mula cintakan dunia?'
Setitis air jatuh dari mata gadis itu, dia mulai menggerakkan bibirnya untuk bermadah,
Wahai Tuhan sekalian alam,
maafkan aku,
aku tertewas lagi kerana tidak setia pada-MU,
aku dusta lagi, hanya mengaku cinta,
tapi aku masih lagi cintakan dunia lebih dari-MU.
Mutiara kaca di pipinya itu tidak lagi berhenti mengalir, lantas wanita itu bangun mengambil Al-Quran dan terjemahan di dalam almari berkuncinya, Dia memeluk Alquran dan terjemahan itu dengan seserat-eratnya.
'YA Allah, lindungilah hatiku, janganlah kau dahulukan cinta lelaki di dalam hatiku ini Ya Allah, tolonglah aku tidak mahu menjadi orang yang berpaling dari-MU, sesungguhnya KAU sentiasa memberi kabar gembira kepada orang yang mengingati-MU'
Tiba-tiba dia tersenyum sendirian dan bersuara dengan bersemangat.
"Aina bangkit! Bangkit! "
Keheningan malam, yang dingin hingga menusuk ke tulang sum-sumnya. Dengan laju Aina menyusun langkahnya ke sekolah sambil tangan kanannya diangkat untuk melihat jam. Lengan bajunya tersengseng tetapi tangannya yang bersarung tangan putih itu ada untuk melindungi tangannya, auratnya.
'Dah pukul sembilan'
Seorang gadis bertudung labuh krim susu menyapa Aina dari belakang.
"Assalammualaikum , Aina"
Gadis itu tersenyum manja , lantas Aina menyambut huluran tangannya.
"Waalaikummussalam, Lina"
Sambil membalas senyuman manja gadis tadi.
"alaah! comel pulak dia senyum, ngade je lebih"
Aina hanya tersenyum melihat sahabatnya, dia sudah kenal akan sahabatnya itu. Tika Aina melabuhkan punggunggnya dia atas kerusi, dia tidak memikirkan apa-apa lagi, segera sahaja dia membuka buku kimia yang dipimpinnya sebentar tadi. Mukanya bertukar merah padam apabila melihat nota kecil yang berlipat terselit didalam bukunya, perlahan-lahan dia membacanya.
As-salam ukhti yang comel!! Yang ku sayangi! Ukhti sibuk ke minggu ni? Boleh tak buat usrah hujung minggu ni? Dah dua minggu tak buat usrah. Sarah tahu ukhti sedang sibuk untuk SPM, tapi Sarah rindukan akak Sarah yang comel ni, lagipun Sarah hauskan tarbiah.
Aina tersenyum sendirian sambil menyimpan nota kecil itu didalam failnya.
'Mesti Sarah selitkan nota ini di surau tadi, maafkan akak ye adik-adik'
Aina langsung tidak sedari bahawa namanya dipanggil berkali-kali oleh Lina dan Aida.
"Aina kau teringat pakwe eah? ekekeke"
usik Lina melihat kawannya mengelamun dan tidak menjawab panggilannya.
Lamunannya tersentak,
"eh, mana ada!" Aina cepat-cepat mennyatakan kebenaran kerana takut disangka buruk.
"yelahtu, ehem,ehem!" Aida yang masih lagi mengusik kawannya itu.
Lantas Aina bangun dari kerusinya dan membawa bukunya ke tempat kawan-kawannya.
"tak baiklah, tuduh-tuduh macammni" Aina melabuhkan punggungnya di kerusi berhampiran rakan-rakannya sambil cubit manja pipi Aida.
Aida tersenyum melihat rakannya yang berlaku manja kepadanya itu.
"korang! saya sayang korang sanga-sangat!"
Lina dan Aida terkejut melihat rakannya yang comel itu.
Sambungnya lagi,
"korang tahu tak, Rasulullah S.A.W selalu meluahkan persaan terhadap sahabat-sahabatnya tau!"
Aida tersenyum melihat rakannya yang berlaku manja kepadanya itu.
"korang! saya sayang korang sanga-sangat!"
Lina dan Aida terkejut melihat rakannya yang comel itu.
Sambungnya lagi,
"korang tahu tak, Rasulullah S.A.W selalu meluahkan persaan terhadap sahabat-sahabatnya tau!"
Persahabatan dalam Islam?
Usai sahaja solat sunat Dhuha, Aina bangun mengambil buku notanya. Sambil menunggu adik-adik usrahnya yang sedang melakukan solat sunat Dhuha, dia termenung memandang langit sambil tersenyum sendirian.
'Tenangnya melihat langit-MU yang dihiasi dengan awan-awan'
Lamunannya disapa dengan suara seseorang,
"Allah berada di atas kan?"
Aina memandangnya dengan sengan senyuman dan pandang kembali ke langit. Rupa-rupanya seorang gadis yang berumur 13 tahun.
"Ya." ucap Aina
"Petutlah aka selalu pandang langit, tenang sekali raut wajah akak ketika pandang langit"
Kata gadis itu.
"Sarah, yang lain dah siap dah?" Tanya Aina melihat Sarah yang sudah selesai.
"Dah, mereka dah buat bulatan, jom masuk"
Ajak Sarah sambil menarik tangan Aina masuk ke surau.
Aina melihat seorang demi seorang, adik-adiknya. Usai sahaja dia membuka usrah itu dengan surah Al-Fatihah, dan memuji Rasulullah dia mengambil sebuah buku yang telah menawan hatinya lalu menayangkan kulit buku itu kepada adik-adik usrahnya.
"cuba baca" ucap Aina teruja.
"Re..lasi.. mencari.. saha..bat sejati.."
Aina tersenyum melihat adik usrahnya itu membaca dengan perlahan dan kebudak-budakan.
"Kita hari ni nak belajar pasal sahabat kan?" Tanya Risha, yang selalu aktif ketika di dalam usrah.
"Yes, betul tu!" Aina menggenggam tangannya.
"Akak nak kongsi pasal persahabatan dalam Islam" Kemudian dia sambung lagi..
"Bagi akak persahabatan sesama umat Islam ni sangat indah"
sambil mengusap belakang Yana, dia bersahaja ingin bermanja dengan gadis itu.
" Maksud akak?" Tanya Sarah yang agak bersemangat.
"Selepas akak baca buku ini, barulah akak dapat rasakan persahabatan yang diniatkan kerana Allah itu sangat sweet"
"Sweet macam lolipop? ekekekek" Khazinatul Asror yang sering membuat jenaka.
Mereka ketawa kecil seketika.
"Lebih Sweet daripada lolipop, mereka selalu berpesan-pesan mengingati Allah, mereka selalu mengingati tentang janji manis Allah apabila antara mereka merasa lemah"
Kata Aina panjang lebar sambil memandang kalimat ALLAH yang tergantung di tiang surau itu.
"JAdi Adik-adik, saynglah semua kawan-kawan, parents adik-adik, dan semuanyalah kerana Allah, bawalah mereka ke syurga."
"Bagi pandangan Hilal Asyraf pula, sahabat ini adalah seorang yang sanggup terjun ke NERAKA untuk selamatkan kamu jika kamu jatuh kedalammnya" Sambungnya lagi, sambil nama 'HANAN' dibayangannya.
"Waaa, kuatnya persahabat kerana Allah ni, memang aura dia kuat nak bawak saudaranya ke Syurga"
Kata Sarah.
Aina melihat adik-adiknya yang ligat mencatat sesuatu didalam buku nota yang dihadiahinya. Dia rasa amat bersyukur melihat duit yang dia habiskan untuk belikan buku nota untuk adik-adik usrahnya itu amatlah berguna.
sambungg.....
p/s: sori yee korang dah lewat malam, mesti korang rasa tak best baca sikit sangat. Thanks baca. Btw best ke cerpen yang saya buat ni?
Sejujurnya , sebagai episod pertama , cerpen ni agak awesome. Teruskan ! fighting!
BalasPadamthnks awaaaaak :DD
BalasPadamBest. But ada sedikit kesilapan
BalasPadam1.Bertundung? tundung mean halau, usir
2.Sahabtnya. A tak ada
3.Minggun? Minggun tu apa? cari dalam kamus tak ada pula.
4.Sengan? Sengan tu apa tak pernah dengar.
@aiman seo
BalasPadamadooii semua tu typo --"
jangan lah sindir gitu gaya. :'(
btw thanks bagi taw :)
Alhamdulillah permulaan cerpen ni pun dh mantap dik. Ye ikhlaslah bersahabat & berkasih syg krn Allah SWT. Hidup kte pn akan tenang, happy ^^ InsyaAllah. Masuk syurga sama-sama. Itu impian.. X sbr nk tau kisah HANAN :D
BalasPadambest :)
BalasPadam