The Lady Entries Story

Isnin, 2 Disember 2013

Girl's heart

Assalammualaikum ;D


Today I came with some jiwang entry, ngee --" nope, im just kidding.

Every step in my life, i learn some news, yeah of course you did it too, HAHA. And this entry is relates about my heart to a PERSON. Mystery person, huh! what? what? Please don't judge me!

Kawan-kawan aku selalu cakap, 

"hati perempuan ni susah nak lupa pada orang yang selau buat dia gelak or senyum"

Itu ayat terpenting dalam karangan ni! cewaaah, haha. YE! aku faham apa yang diorang maksudkan, sememangnya ia sangat 'logic'.Bila diorang semua cakap pasal ini, orang yang aku fikirkan semestinya diorang, dan semestinya aku dan sesiapa sahaja lah, mestilah ada ramai. 

But, ia pun boleh jadi kenangan/ susah dilupakan dengan buddys lelaki.
okey! ulang suara! 'orang yang susah nak lupakan,atau buat kenangan dalam hidup' BUKAN orang yang mudah sayang! PLEASE don't sangka buruk pasal COUPLE! no couple in our dictionary.

Okey, back to the point, 
TAPI, cuti ni ada seseorang yang datang dalam hidup aku :3, seriesly aku baru kenal, well dia memang lawak, itu je aku mampu bicara, eh yea ker?
okey, nampak matured sikit, dia lawak, and banyak tegur perempuan lain --" okey dia HOT. Okey aku tanak cakap, cuti sekolah ni aku memang lagho, selalunya aku tak layann budak lelaki dilaman chatting kecuali di Twitter --" yelakan twitter kan kalau mention, semua orang boleh tengok, tak macam chatting or Direct message, huhu, so nothing happen. But si gila ni selalu kacau aku, dah dia selalu kacau aku, lawaklah tak stalk profil dia balik, sangat hebat bukan aku jer yang dia kacauu.

 After that, bila dah selalu tweeting, okey dah jadi satu kenangan --" ERGH! apa aku karutkan nih! Tak tahulah kenapa, pada suatu hari tu, group usrah aku kat wassap ingatkan aku segalanya. Ibarat surat cinta daripada Allah untuk selamatkan aku dari tertindas dengan perasaan cinta. Lepas dah baca, kat wassap apa yang ukhti-ukhti kongsikan,aku faham apa yang diorang sampaikan. :D

Yeee.. memang aku tak suka pun budak tuh! tapi bukankah dia melalaikan aku, HAHA boleh kawan tapi jangan sampai melalaikan.Sebab dia lelaki, huhu. HAHA aku pun tak tahu lah, malam tuh jugaak aku cakap dengan budak tuh jangan tegur aku dah! HAHA sangat kejam ya disitu, sepatutnya aku takperlu cakap macam tu --" tapi dah cakap macam tu kalau aku tarik pulak kata-kata aku, nampak macam perempuan gedik or ngengada  pula --" tanak aku!

Apa yang aku fikirkan sampai suruh dia jangan tegur aku adalah, aku takut sampai saling melalaikan.*ada makna lain sebenaqnya* Sebab berkawan dengan lelaki boleh membawa kepada perasaan lain, sebelum kepada perasaan lain tuh, jagalah hati, nak kawan-kawan jerlah.But jangan sampai kepada perasaan lain --" yelakan perempuan kan mudah perasan. HAHAHA tapi cara aku nak hindarkan perasaan itu terlalu OVER, "TAK yah mention aku dah". Sepatutnya aku cakap "takyah lah nak buat lawak: ker, bla-bla, tapi aku kata jangan mention aku dah, lepas tu aku cakap pasal ikhtilat and bla-bla. Heh! apa yang dia cakap adalah "sorry, aku salah" and bla-bla..

macam apetah aku malam itu. okey aku taknak cerita pasal dia,... --"
--" malass aku nak cerita semuanya. but I want to share you all bout what my ukhti shared at wassap.
okey, Bismillah....

Kenapa asyik fikir cinta?

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
*Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."
#SelfReminder :')

100% copied from wassap :D
hope bermanfaat bagi korang :D sekian Assalam.
Setiap ucapan yang mengajak kepada kebaikan, itulah panggilan daripada Allah untuk jadi hambaNYA yang bertaqwa, jadi hargailah setiap kebaikan didalam hidupmu, itulah petunjuk dari Allah :'D

nanti aku share lagi, dengan korang.
bye~

5 ulasan:

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...