The Lady Entries Story

Khamis, 26 Disember 2013

Hate the child.

Assalammualaikum.

"ish aku nak tunjuk reaksi marah tapi jadi sweet pulak" --"

Emmm, tengok gambar kat atas tu kan teringat pulak cerita Hanan dengan Aiman, okey korang tunggu part 4 akan keluar hari ini, tunggu weh tunggu.Tapi korang dengar cerita kes harini, aduhh ! Hate the child betullah. Yelakan sebagai perempuan, mereka amat terkenal dengan sifat kasih sayang mereka lah kan. Selain itu, mereka jugak terkenal dengan sifat suka budak kecik.

Boleh tanya, kalau hang perempuan lah, "suka budak kecik?"
Ahaha mesti memacam korang jawab kan. Ada yang suka ada yang tak. 

Aku? HAisssh! aku suka lah jugak but aku jadi kakak garang untuk budak kecik yang aku nyampah. Syukurlah aku takde adik. ekekekek. Yang umur bebesar tu boleh lah depa tak lah nakal melenium sangat.

meh kita citer.
Once upon a timeee...

Adalah seorang kawan mak kita datang kerumah dengan membawa anak-anaknya. Yang comel, ceria,cantik, hensem, hahaaa semua ada. Tetapi  mereka semua baik baik sangat, tapi aku tak boleh terima budak laki sorang ni baik. Tak reti duduk diam. Okey dia budak baik jugak, masa tu aku tak Irritated dengan budak nih lagi. Tapi rancak , riang Wow. DIa pergi almari bukak almari, dia pergi laptop main pulaak, dia pergi Sanaaa siniii ambik ituuu inii. 

 Aku pun layan jer lah dah nama pun budak kecik, yekan budak kecik? 

Dah banyak kali dah budak ni selalu datang rumah, then ada sekali tu,
Laptop kan terbuka lah kan, aku tinggal lah dah orang datang, dia datang kat laptop, main ..
Aku tak marah dia pun, tapi kacau dia lah kan,

"eh, eh, eh, tak maluuuuu"

Dia belaah, pandang marah pada aku, aku rileks jer, dah lama sikit aku pun datang lah dekat laptop, pada waktu yang sama aku taknak budak tu kacau, muehehehe, tiba-tiba budak tu datang, mula-mula lalu jer then berdiri di belakang aku lah kan, aku tahu jer, macam biasa aku rileks jer, tiba-tiba ada bunyi,

"keeerrggghhhhhherjrjifbhig" 

Pelik, aku pandang belakang dia paling elak dari aku, budak ni kutuk aku ker apa? Lepastu pandang SLACT, again, Hahahaha selepas itu Seniority pun bermula! Apa lagi pandang Slact lah balik. Aku pun panggil,

"eh, dik dik! sini kejap"

Dia lari , pandang marah, Ish budak ni! Lepas tu dia start buat perangai dia, menceroboh rumah aku, pergi sanaa sini, dah lah geram ! aku pun pergi dekat dia.

"Dik , apa nama?"

Tanya nama je weh, tanya nama, dia gosok mata pulak buat nangis, Ish! geramnyer aku! Tikam dari belakang betul! Rasa nak makan budak tu kat situ jugaak, aku pun nak elak kan, 

"Maaa ni budak ni duduk dekat dapur"
"Haah, siapa? Irsyaaaaad"  mak dia panggil
"Dia duduk dekat sini, dia merajuk kowt nak coklat" Aku tak tipu kay, memang budak tu ada mintak coklat tapi mak dia tak mahu bagi, rumah aku tu ada lah coklat.

Aku pun tariklah dia sambil tu aku tanya,

"kutuk akak eh, tadi?" then, nothing respond.
Dah bawak ke mak dia tu, okay dia tak nangis pun saja ngade lebih, bila pandang aku, pandang marah. 

Herrrmmm lantak kau lah budaaak, adik dia pun satu. Masa nih dia dah nak balik dah, then mainlah kat luar, adik dia pun dekat luar, mak dia masih lagi berborak dekat dalam, kat luar rumah aku tu ada lah dua buah kelapa, kelapa yang belum parut lagi lah kan warna coklat. Tiba-tiba dari jauh aku tengok adik dia tuh angkat kelapa tu, dah lah kecik angkat kelapa besar, boleh lah nampak katang lah kan, tapi terkejut lah kan! rupanya dia baling kelapa tu dekat kucing aku ! 

"Isshh budak ni aku makan juga kaang"

Adoiiii budak ni memang melinium betul, kecik-kecik gini, bagi orang lain anggap perkara biasa lah, budak kecik, bagi aku tak boleh, budak kecik lah jangan biar dia nakal macam ni, kalau besar macam mana? Rupanya dia bukan baling satu buah je, rupanya dah dua buah dia baling, nasib kucing aku tu hidup lagi. 

Aku suka budak kecik, tapi aku tak suka budak Tarzan gini. :/  

Assif Jiddan, luahan perasan aku hari ni, kalau salah tegur XD
Assalammualaikum.

12 ulasan:

  1. ahah lawak memang lawak, rasa geram kat budak tuh tak hilang lagi ;D

    BalasPadam
  2. Lawak T^T but cepat-cepatlah update cerpen sahabatku Hanan tu, buat berhabuk je simpan dalam draf tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh! Aiman macam mana tahu part 4 tu tersimpan dalam draf cuma tak post je lagi nih? muehehe sabar eak nak edit-edit sikit :P

      Padam
  3. hahaha lawak jugak entry ni. tapi mmng camtu, budak kecik suka buli org-org macam kita ni. dulu pernah sekali akak duduk-duduk, dia pergi baling botol kat akak tiba2, nak je aku sekeh budak tu, tapi dia lari pulak. nasib baik diorng kecik lagi, boleh dimaafkan xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha pelik kan, kan, kan, depa yang buli kita, rasa nak balas tapi sebab pikir dia budak kecik jer, hahaks

      Padam
  4. ya allah , selalu kena macam ni. Kami lagi lar , kami bukan jenis baik sangat...kadang-kadang budak datang rumah usik sana , usik sini .. terus tersasul secara SENGAJA
    " ehh , usiklar lagi , usik yang tu pulak .. rosakkan pun takpe , beli baru "

    BalasPadam
  5. huhu...ni semua atas ibubapa...kalau mak dia tegur, insyaAllah xde nya berperangai gitu...jadi ibu kena la pantau anak ^_^

    BalasPadam
  6. Adoyaii, tu lah kan. Saya pun sama lah. Tak sukanya dengan budak yang sampai gini. Geramnya bila baca baling buah kelapa dekat kucing. Eiii, tarik telinga nanti baru tahu. Faham lah budak kecil tapi... K. >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah terima kasih sebab memahami, haha nasib baik kucing tu hidup lagi. :'( sob..sob..sob..

      Padam
  7. huhuhu sakit kan hati klu ada budak2 yg 'baik2' cm gitu. hehehhe sabar je la

    BalasPadam

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...