The Lady Entries Story

Sabtu, 14 Disember 2013

Hanan sahabatku Part 2




HANAN SAHABATKU

Hope Awak, saya sayang awak.

  Berdirinya seorang gadis di hadapan koridor kelas 5 Ibnusina. Gadis itu kelihatan tenang sekali memandang langit. Dia mengukirkan senyuman lalu memasuki kelas yang berada di belakangnya iaitu 5 Ibnusina. Dia tidak mahu berdiri lama di koridor itu kerana takut dipandang orang. Kelasnya sunyi, kosong, kerana waktu masih awal, untuk waktu hujung minggu begini untuk mengulang kaji. Tambahan lagi, mereka tiada kelas tambahan, diberikan waktu rehat daripada cikgu-cikgu. Dia berjalan sekitar kelas itu berulang-kali. Kelakuannya seperti ingin mencari sesuatu.
'mana pen yang aku tertinggal semalam?'
  
  Mukanya berubah ceria apabila pen yang dicarinya dijumpai. Kemudian dia merehatkan dirinya di atas kerusinya sambil tersenyum melihat mejannya yang dihiasi sehelai 'sticky note' berwarna kuning. Tangannya mencabut kertas nota kecil itu.

     "Uhibbukafillah, please don't forget to pull my hand to the way of life as a mukmin. Remember me bout the day we meet HIM. "    -Hanan-

 Bibir gadis itu seperti cuba untuk bersuara tetapi tidak dapat dikeluarkan.
'Uhibbukafillah aidhan, I will try the best'

exchange

Hope Hanan Kaulah Sahabatku.

  Suara hingar bingar pelajar memberiku peluang untuk melenakan diriku yang selalu meminta-minta untuk tidur. Tidak sempatku pejamkan mata, suara Hanan menerjah ke dalam gegendang telingaku.
"Oh myyyyy!! Aina! Aina ! tengok tu! Arggghhh! crush aku!"
  Hanan menolakku sambil memuncungkan mulutnya ke arah luar tingkap. Aku faham isyaratnya, terus mataku meliar ke arah yang di isyaratkannya. Ku lihat seorang lelaki berkemeja biru sedang berjalan kemudian hilang dari pandanganku.

 "elleeeeh! tak hensem pun HAHAHA" aku mula mengusik Hanan
 "amboi Aina! tak hensem? kau jangan main-main, budak yang agak HOT tu"
 "malas aku layan, aku tak kenal pun" Aku membalas dengan keadaan separuh sedar.
 "Ish, kau ni!" gertak Hanan tidak puas hati.
 "Hanan, aku malas lah nak layan perasaan buat masa ni, ingatlah kita bakal menghadapi ujian PMR" Aku ingatkan kembali Hanan.
 "kau ni rileks lah, aduh! bosan dah aku dengar, takde ayat lain ke nak bagi alasan?"
 "Hanan, ingat tak janji kita?" 
Hanan hanya diam, kerana dia tahu itu bukannya satu soalan yang perlu dijawab dan bukan jawapan bagi soalannya tadi.
  "Kitakan nak cuba dapatkan straight A+ PMR dan masuk SBP tahun depan"
Aku menepuk bahu kawanku ingin memujuknya.
  "Aku taknaklah pergi sorang-sorang je, kau kan sahabat aku"
Aku cuba untuk pikat dan pujuk hatinya itu.
  "Apa kaitan dengan crush aku tadi?" Tanya Hanan, aku pasti dia masih tidak berpuas hati.
  "Bukan masanya nak fikir pasal semua ni" Aku ucapkannya dengan lembut, aku, aku sayng dia.
  

exchange

 Aina tersentak, terdengar bunyi ketukan pintu yang tertutup itu. Habis berkecai lamunannya tadi. Kini dia hanya menuggu siapa yang akan muncul dari pintu yang diketuk tadi.

"Assalammualaikum" suara seorang pemuda di luar pintu. Pintu itu tidak lagi dibuka, mungkin kerana pemuda itu sedar akan kehadiran seorang gadis di dalam kelas itu. Salam diberi untuk menghormati gadis itu.

Aina kenali suara itu, dengan segera dia berdiri dan mengemas barang-barangnnya. Pantas dia menyusun langkah ke pintu belakang. Hatinya menjawab salam yang diberikan Saifullah tadi.
'Waalaikummussalam'
 Dia melepasi pemuda itu dengan tidak memandang wajahnya.

exchange

 HopeSahabat ke macamni?

  Pada suatu petang yang hening, di dalam sebuah taman seorang pemuda merenung jauh ke arah langit sambil tangannnya menekan butang 'mp3'. Kepalanya terangguk-angguk kerana menghayati lagu.

 Tidak lama kemudian , tiba seorang gadis datang ke arah pemuda itu. Pemuda itu mencabut 'earphone' dan menyimpan 'mp3' nya ke dalam poket. Gadis itu tadi semakin hampir dengannya.
"Hai awak" Pemuda itu menyapa sambil senyum.
 "Hai, lama dah ke awak tunggu? Sorrylah awak" gadis itu dengan tidak segan duduk bersebelahan pemuda itu tadi.
 "Tak pe awak, saya pun baru je sampai asalkan rindu saya terubat" pemuda itu tadi menangkap mata gadis itu.
 "Aiman, Hanan pun rindukan Aiman" gadis itu meluahkan perasaan.

exchange

Aina melangkah keluar dari rumahnya, kemudian mendapatkan basikalnya di dalam garaj.
"Aina, jangan main-main tau, ulangkaji betul-betul, jangan buat hal pulak dekat rumah Hanan nanti" Nasihat cik Rina kepada anaknya.

 "Baiklah ibu, Aina ingat pesan ibu" Ucap Aina membalas sambil meletakkan begnya kedalam raga basikal.

  Tidak lama kemudian, basikal itu keluar dari perut garaj itu tadi. Aina mengayuh basikalnya ke arah rumah Hanan dengan bersemangat sekali. Dia amat rindukan sahabatnya itu. Apabila dia tiba di taman dia mengayuh basikalnya dengan perlahan kerana dia melihat kelibat orang yang seperti dikenalinya.

"Itu seperti Aiman dan ....... HANAN!!" Aina berhentikan basikalnya dan menyandarkan basikalnya di sebuah pokok. Dia berlari ke arah pasangan itu.

 "Hanan! Aiman!" Jerit Aina melihat Hanan hampir dipeluk Aiman. Aina menarik Hanan, jauhkan dia dari Aiman. 
 "Aina! kenapan ni?" Gertak Hanan sambil membebaskan tangannnya dari genggaman Aina.
"Hanan, apa yang awak buat ni, jom balik" Rayu Aina yang tidak suka melihat Aiman mendekati Hanan.
 "Aina, kau ni kenapa? Kau 'jealous' ke? Atau Kau minat aku juga? ehehe"  Aiman gelakkan Aina sambil menarik tangan Hanan. Aina yang tidak puas hati dengan tindakan Aiman yang sesuka hati memegang tangan Aina itu, menyepak paha Aiman sekuat hatinya.
 "Tolonglah jangan perasan jantan tak guna. Aku buat begini kerana sayangkan Hanan! Bukan kau!"
Aina menarik Hanan ke basikal dan menyuruhnya pulang.

  Aina menghantar Hanan pulang hingga ke dalam biliknya.
"Aina! Apa yang kau buat Aina?!" Hanan menengking sahabatnya, panas hatinya.
 "Hanan aku minta maaf tapi aku cuma nak lindungi kau dari jantan tak guna tu!"
Aina membela diri.
 "Ah! lindungi aku? dari jantan tak guna? Kau tu yang betina tak guna! Dia tu kekasih akulah! "
 "Atau kau sahaja ingin mengganggu kami ! HAh! jawab! betulkan? kau saja je kan?" Hanan tidak puas hati dengan Aina, dia membaling bantal-bantal ke Aina. Aina hanya tunduk tidak dapat menjawab soalan itu tadi, tergugur mutiara jernih di pipinya.
  "Hanan , aku buat macam ni sebab sayangkan kau" Jawab Aina sambil tersedu-sedu, itu sahaja yang mampu dia jawab.
  "Inikah kau katakan sahabat? macammni ke sahabat? Kau tahu tak sahabat ni adalah orang yang memahami sahabatnya! Kau memahami aku ke?"
  "PErgilah Aina Pergi!"

exchange

Ringggggg!!!!!  loceng berbunyi, menandakan waktu rehat. Hanan merehatkan  dirinya di bawah sepohon pokok yang rendang. Dia membuka lipatan sekeping kertas merah jambu.

Awak, Adakah lebih baik kita tidak bersama buat masa sekarang ni? Memandangkan peperiksaan PMR bakal tiba tak lama lagi, mungkin sebab itulah yang Aina tidak sukakannya, lepas habis periksa nanti awak tunggu saya, kay? -Aiman-

Hanan mencampakkan kertas itu dan terdiam melihat langit. Manik-manik jernih meluncur laju di pipinya. Tiba-tiba ada suara menyapa. 
"Hanan, tak makan ke? Nah, air soya kesukaan awak, saya belikan" Ucap Aina sambil hulurkan sekotak air soya. Dia cuba untuk berbaik-baik semula dengan  Hanan. Hanan hanya memandang Aina sekilas, lalu dia menolak pelawaan Aina tadi dengan menepis air kotak itu tadi.
"Maaf, aku tak nak terima apa-apa daripada kau" Ucap Hanan 

exchange
To be continued....
p/s: sorry dah lewat.

6 ulasan:

  1. eeeeee , jahatnya aiman tue ! bencinya .. bunuh aiman >,< bunuh hanan jugak , tak sedar-sedar lagi =,=

    BalasPadam
  2. @aiman seo itu adalah sahabat :) saya typo...

    BalasPadam
  3. Aish. Sedihnya kalau shbt sanggup kata kt kte cmtu. Tang 'betina' tu. Eh cte je kn, teremosi plak :D Hik3..

    BalasPadam

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...