The Lady Entries Story

Isnin, 30 Disember 2013

Hanan sahabatku part 5


Hanan Sahabatku

'Awak adakah pertemuan ini satu keajaiban dari Allah untuk kita?' Desis hati Hanan melangkah pergi meninggalkan Pemuda itu.

Pemuda itu pergi dalam keadaan kekeliruan,
'Dia kenal aku ker?'
'Mungkin aku kenal dia jugak, cuma tak tahu sebab dia berpurdah'
'Sejuknya pandang perempuan macam itu, melindungi maruahnya'

Pemuda itu tersenyum sendirian,
'Mungkinkah Hanan kini begitu?'
'Eh! Hanan!'




Sebulan kemudian...
Aku berjalan keluar dari bilik kuliah bersama Aina, kemudian Puan Yasmin memanggilku, 
"Hanan, mari ke sini sebentar"
Aku memandang Aina, "Aina kau pergilah dahulu"
Aku berjalan ke arah Puan Yasmin, dengan pelbagai persoalan di dalam akal fikiranku,
"Hanan, adakah kamu free petang esok"
"Esok petang? Ye Puan, kenapa puan bertanya?"
"Boleh saya berjumpa dengan kamu pada esok petang?"
"Dimana puan?"
"Di kafe saje"
"Oh jangan lupa, bawalah ibu kamu sekali, Cik Rina" sambungnya lagi.
"Ibu?"
 Aku mempersetujui nya, tetapi aku bingung, mati akal fikiranku, kenapa dia ingin berjumpa dengan ibuku? Memanglah dia sudah selalu berjumpa dengan ibu, mereka juga agak rapat, tetapi kenapa bersama aku?



Petang yang hening, Cik Rina berjalan menuju ke kafe, ketika langkah pertamanya bersua di atas lantai kafe itu terus dia matanya menangkap ke arah seorang wanita yang memberi isyarat dengan tangan. Wanita itu sudah pun berusia, tetapi dia sangat dihormati dengan pelajar-pelajar di kolej itu. Rina menghampiri wanita itu, duduk di hadapannya.
"Assalammualaikum, Cik sihat?"

"Waalaikummussalam, Alhamdulillah, sihat, Puan?"

"Alhamdulillah juga"

"Dimana Hanan?"

"Sebentar lagi dia tiba"

"Kenapa puan ingin berjumpa dengan saya?"

"Puan ingin bertanya beberapa soalan kepada Cik"

"Oh begitu"

"Pesanlah air dahulu"

"Takpe puan, terima kasih "

Kemudian mereka disapa suara seorang gadis,

"Assalammualaikum Puan, ibu"
Kedua-dua mereka menjawab salam yang diberi.
Gadis itu melabuhkan punggunggnya di sebelah Cik Rina

"Cik, adakah kamu terima jikalau ada seorang pemuda ingin menjadikan anak kamu sebagai isterinya?"
Puan Yasmin  bertanya dengan tenang.
Hanan terkejut apabila Puan Yasmin, bertanya soalan seperti itu kepada ibunya.

Cik Rina tersenyum,
"Siapakah pemuda itu?"

Lantas seorang pemuda muncul dari belakang,
"Saya" Pemuda itu senyum dan memberikan salam.
"Assalammualaikum"

Ketiga-tiga mereka menjawab salam pemuda itu. Hanan terkejut melihat pemuda itu.
'Aiman?' desis hati Hanan, dia tidak menyangka Aiman adalah anak lelaki bagi seorang wanita yang sudah dianggapnya ibu angkat.

"Siapakah nama kamu?" Cik Rina bertanya.
"Aiman bin Anuar"
Dan kemudian sampailah hari itu berlalu,



Aku turun dari sebuah kereta yang dibawa Arissa, kami berjalan menuju ke arah kawasan berkanopi dan amat meriah, mataku meliar ke arah 'banner ' tergantung di tiang kanopi itu, sebesar-besar tulisan itu terdapat nama Aina dan Saifullah. Dia telah pun menjinjang pelamin. Dia tidak pernah memberi tahuku tentang perasaannya terhadap Saifullah kepada aku selama ini, dan hari ini mereka telah disatukan dengan ikatan yang sah, aku bahagia melihat sahabatku bahagia.

Dari jauh ku melihat gadis berpakaian serba putih melalui pintu kaca yang terbuka luas, tidak boleh dinafikan aku tidak nampak pengantin lelakinya pula. 

Aku sangat gembira apabila Saifullah menyebut,
"Aku terima nikahnya............."
Kini sahabatku telah menjadi seorang isteri, aku hanya mendoakan mereka bahagia.
Kemudian aku memandang seorang pemuda yang berada tidak jauh dari ku, dia senyum padaku. Tidak lama lagi aku juga akan menjadi seperti Aina, kerana cincin di jari manisku tidak selamanya merasmikan diriku sudah bertunang. 

TaMat

*bukan sebahagian daripada cerpen*
Alhamdulillah dah siaaap *nangis* huhu mati akalku memikirkan untuk memendekkan segala idea dalam cerita ini, kalau diikutkan ikut segala jalan cerita dalam akalku ini boleh jadi sebuah novel nanti, lagi pun aku pening memikirkan hari persekolahan akan bermula manakala pembaca-pembaca semua meraung nak baca part akhir sebelum sekolah. >CIK Nabila Aziz< ^^  Seriously, cerita ini banyak skip, hohoho.

Okay readers, apa pengajaran dan ilmu dari cerita ni?
Untuk saya, cerita yang saya hasilkan ini,  pengajaran yang saya dapat adalah,


heart Jangan fikirkan cinta ketika waktu masih muda, ingat amanah terpenting dahulu.
heart Cinta Allah urusan kita, cinta manusia urusan Allah, makanya kalau kita nak cinta Allah kita yang kena usaha dapatkannya, kalau cinta manusia, kalau dah dapat, cinta tu boleh berakhir bila-bila masa sahaja di tangan tuhan.
heart Kalau kita sayang kawan or lain-lain, nasihat dia jangan biar dia buat kemungkaran *watak Aina*
heart Couple adalah permualaan zina, couple is haram. No couple Islamik! Couple Islamik sebenar adalah perkahwinan.
heart Tunduk pandangan. (!!) untuk elak perasaan suka atau perasaan suka lebih suka! HOHO
heart Hormati martabat wanita, hormat! hormat! hormat! bukan mengorat kay .*Lelaki*



Bagi readers, apakah nilai dan pengajaran yang yang korang dapat?

16 ulasan:

  1. Good Job Una..Pengajaran yg baik buat remaja! Tingkatkan usaha anda..

    BalasPadam
  2. Good job Una.. Pengajaran yg baik buat remaja.

    BalasPadam
  3. hahah, okey-okey thanks cik fatehah :P lol

    BalasPadam
  4. thanks inform akak cerpen last dh siap . hihi btw mmg awesome cerpen una . even kita reka-reka aje yg pntg ada pengajaran yg boleh ambik iktibar :') kalau suka merisik terus , kalau dah halal , semua jadi indah , kan best macam gitu hakhakhak!!

    BalasPadam
  5. Bagus una teruskan T^T nak sekolah dah.

    BalasPadam
  6. Pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan perkara yg Allah larang, akhirnya Allah gantikan dgn kemanisan & kebahagiaan yg x disangka2 :)

    Adik teruskan jd penulis yg berdakwah ke arah kebaikan. Akk yakin kamu bleh pegi lg jauh. Keep it up ! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeep!! pengorbanan! ^^ thanks kaak sbb bagi semangat hoho

      Padam
  7. Ending yang menarik ! hoho ^^ bagos cerite nihh , banyak pengajarannye ! hope kite dapat amalkannye dalam kehidupan kite :D

    BalasPadam
  8. congrates una sebab dah berjaya siapkan cerpen yg terlalu best dimana ada terselit pengajaran juga ^_^ nanti bila buat cerpen lain inform ye .. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaks in sha Allah saya bagitau nannti, saya rasa nak buat cerpen inggeris lepas ni ^^ hoho, in sha Allah ^^

      Padam
  9. ehh , apa letak nama kita ni ? famouslar kita nanti >,< ... haha . btw , nice story yang peliknya aina tak pernah citer pun kat hanan dia suka saifullah , tetibe jer dah kahwin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaks tersebut pulak, lol, ohh itu maknanya kalau kita suka seseorang jangan bagi tau sesiapa, itu lah watak nya ^^ jangn bagi tahu sapa2 biarlah rahsia hati kita dan Allah sahaja yng tahu ^^

      Padam
  10. ending yg sweet sgt2..hehe..aminnnnn..smgo kita dpt mengamalkanny..

    BalasPadam

Spread love and positivity :) thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...